Bunyi S3ksa Dalam Kvbur Jadi Tular, Ada Yang Tak Percaya. Ini Komen Mufti Pahang Dan Negeri Sembilan

” Sekiranya seseorang itu boleh mendengar (suara dari alam lain), kemungkinan ia adalah anugerah daripada Allah SWT.”

Demikian kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman ketika diminta mengulas rakaman video dimuat naik seorang wanita yang tular sejak kelmarin kerana didakwa terdapat suara misteri seperti merayu dan meminta tolong dari dalam kubvr.

Abdul Rahman berkata, umat Islam tidak wajib untuk mempercayai kebenaran video berkenaan kerana tiada bukti menunjukkan kesahihannya.

” Namun, tidak mustahil untuk seseorang itu mendengar jika diizinkan Allah SWT. Seksa kubur itu benar dan berdasarkan satu hadis ada dinyatakan orang beriman akan memohon disegerakan urusan pengebvmian mereka.

” Manakala, sebaliknya bagi yang kufur dan rayuan si m4ti sebelum dikebvmikan boleh didengari makhluk lain seperti haiwan kecuali manusia.

” Ini kerana manusia akan ketakutan dan pengsan jika mendengarnya. Apa yang pasti, semuanya berlaku dengan izin Allah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau mengulas mengenai video dirakam ibu tiga anak, Siti Natrah Ismail apabila kedengaran suara misteri seperti merayu dan mer4ung meminta tolong di dalam rakaman berkenaan.

Ketika itu, Siti Natrah duduk di atas jengkaut di Tanah Perkubvran Islam Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor dan video berkenaan tular di media sosial.

Abdul Rahman berkata, tidak menjadi kesalahan untuk berkongsi video seumpama itu jika niatnya untuk memberi keinsafan sesama insan.

” Kalau yang didengar itu boleh beri keinsafan tiada masalah, malah ia bagus kerana boleh mengingatkan orang tentang m4ti. Lagipun, kita memang dituntut untuk sentiasa mengingati kematian,” katanya.

Ini pula kenyataan Mufti Negeri Sembilan

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad ketika dihubungi berkata, perkongsian video seumpama itu tidak wajar kerana apa yang dilihat atau didengar perlu disimpan untuk diri sendiri bagi mengelak timbul fitn4h.

” Az4b kubvr itu benar dan sesiapa pun boleh mendengarnya dengan izin Allah SWT. Cuma, adalah lebih baik jika apa didengar atau mimpi yang kita dapat misalnya, disimpan untuk diri sendiri.

” Jika ia membawa petanda buruk, berdoa kepada Allah SWT semoga dijauhkan. Apa pun, ambil apa yang berlaku sebagai iktibar dan pengajaran buat kita semua,” katanya.

VIDEO

Sumber: limauais.pw via Sapik Surrr

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*