Lanjutan Pinjaman Hampir Berakhir, Ini Cara Bagaimana Anda Ingin Lanjutkan Lagi Penangguhan Pinjaman

Sebelum ini, kerajaan membekukan pembayaran kepada semua jenis pembiayaan termasuk rumah kediaman, kenderaan dan lain-lain lagi.

Perkara ini adalah disebabkan kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang perlu dilaksanakan bagi membendung pandemik Cov-19.

Walaubagaimanapun, tempoh bayaran moratorium yang bakal berakhir pada September ini akan dilanjutkan sehingga Disember 2020.

Lanjutan moratorium selama tiga bulan itu bagaimanapun hanya untuk individu yang terkesan ekonomi dan kehilangan pekerjaan. Bagaimana untuk memohonnya? Ikuti langkah iniā€¦

Boleh mohon moratorium lanjutan

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan mana-mana individu yang kehilangan pekerjaan atau masih belum mendapat sumber pendapatan baharu, mereka boleh memohon moratorium lanjutan bersasar untuk tempoh tiga bulan.

CCRIS terjejas?

Bagaimana untuk anda yang ingin memohon moratorium lanjutan bersasar ini? Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa bank yang menawarkan program ini bagi membantu meringankan beban anda.

Mungkin ramai tertanya, adakah CCRIS terjejas sekiranya anda memilih untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman?

Jangan risau, CCRIS anda tidak akan terjejas semasa tempoh penangguhan. Malah, rekod CCRIS akan kekal sama seperti status setakat 31 Mac 2020 sepanjang tempoh penangguhan.

Cara memohon dan senarai bank

Antara dokumen lazim yang perlu disediakan pemohon (mana-mana) seperti surat penamatan/ pemberhentian kerja, surat cuti tanpa gaji, surat pemotongan gaji/ salinan penyata gaji sebelum atau selepas pemotongan, atau penyata bank selama enam bulan terkini sebagai sokongan pemohon.

Atau anda perlu menghubungi bank dan berbincang bagi tujuan melanjutkan moratorium. Pihak bank akan menjelaskan terma dan jadual pembayaran balik sebelum peminjam bersetuju.

Bagi pinjaman yang ingin melanjutkan moratorium ini, boleh terus menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos 2020.

SENARAI BANK UNTUK MORATORIUM

Berikut merupakan senarai bank bagi anda yang ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik (moratorium);

Maybank / Maybank Islamic : Maybank Moratorium
CIMB / CIMB Islamic : CIMB Moratorium
AmBank : AmBank Moratorium
Bank Islam : Bank Islam Moratorium
Bank Rakyat : Bank Rakyat Moratorium
Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic : Hong Leong Bank Moratorium
Affin Bank / Affin Islamic : Affin Bank Moratorium
Bank Simpanan Nasional (BSN) : Bank Simpanan Moratorium
RHB Bank / RHB Islamic : RHB Bank Moratorium
SME Bank : SME Bank Moratorium
Alliance Bank : Alliance Moratorium
Agro Bank : Agro Bank Moratorium
Bank Muamalat : Bank Muamalat Moratorium
HSBC Amanah : HSBC Amanah Moratorium
Public Bank : Public Bank Moratorium
OCBC Al Amin Bank Berhad : OCBC Bank Moratorium
MBSB Bank : MBSB Bank Moratorium
Standard Chartered Saadiq : Standard Chertered Saadiq Moratorium

Untuk bank-bank lain yang tidak tersenarai boleh terus ke laman sesawang rasmi bank masing-masing.

Sumber: Bank Negara Malaysia via OH BULAN

 

Be the first to comment on "Lanjutan Pinjaman Hampir Berakhir, Ini Cara Bagaimana Anda Ingin Lanjutkan Lagi Penangguhan Pinjaman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*