Nak Potong Letrik Premis Judi Tapi Tersalah Potong Kedai Lain Pula. Ini Luahan Sedih Pemilik Kedai Itu

Sebanyak lapan premis dalam kawasan pentadbiran polis daerah Brickfields yang dikesan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian, telah dipotong bekalan elektrik.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata, pemotongan dilakukan dalam satu operasi bersama pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields dan pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Operasi pemotongan ini diambil mengikut peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 21 A, Akta Rumah Judi Terbuka (Pindaan 2001) dan Akta Bekalan Elektrik 1990, dan dijalankan berikutan terdapat kegiatan judi dalam talian yang semakin berleluasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zairulnizam berkata, pada mulanya sebanyak 18 unit premis yang direkodkan pernah menjalankan aktiviti judi dalam talian, namun 10 daripadanya didapati sudah bertukar pengurusan dan tidak terbabit dalam aktiviti perjudian.

Katanya tindakan itu juga adalah satu daripada langkah yang diperuntukkan undang-undang, bagi memastikan kegiatan judi dapat dihentikan.

“Usaha membanteras kegiatan perjudian ini dipandang serius, supaya mereka tidak beroperasi semula dan kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat melalui saluran yang ada, amat dialu-alukan,” katanya.

Peniaga dakwa rugi akibat TNB tersalah potong bekalan elektrik

Bekalan elektrik di premis judi dalam talian dipotong | Kes ...

Seorang peniaga kedai ikan hiasan mendakwa terpaksa menanggung kerugian selepas bekalan elektrik premisnya di PJS 2B/3, Kampung Medan di sini dipotong pihak berkuasa semalam.

Menerusi hantaran Facebook milik Natasha Ramanov, dia mendakwa menyedari premisnya tiada bekalan elektrik pada pukul 12.30 tengah hari.

SEBAB CUAI HABIS RUGI PERNIAGAAN

“Kecuaian pihak terlibat menyebabkan ikan hiasan saya m4ti sekali gus terpaksa menangung kerugian,” dakwanya yang tular di media sosial semalam.

Kosmo! difahamkan pemotongan itu dilakukan pagi semalam susulan operasi dijalankan Polis Daerah Petaling Jaya dengan kerjasama Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mengekang aktiviti perjudian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal yang mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu memberitahu premis peniaga terbabit terletak di tingkat atas manakala premis disyaki menjalankan aktiviti perjudian online beroperasi di tingkat bawah.

“Pihak polis sudah memberikan alamat yang betul malah kita sendiri turun tunjuk premis yang tersenarai.

“Bagaimanapun, pihak TNB tersilap membuat pemotongan susulan ada dua kotak bekalan elektrik bersebelahan,” katanya.

Dalam operasi berkenaan, pihak TNB melakukan pemotongan bekalan elektrik di 15 premis yang sebelum ini dijadikan tempat perjudian online.

Sumber : Malaysia Kini / KOSMO ONLINE

Be the first to comment on "Nak Potong Letrik Premis Judi Tapi Tersalah Potong Kedai Lain Pula. Ini Luahan Sedih Pemilik Kedai Itu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*