Radhi OAG Kumpul Duit Untuk Pembedahan Dia. Apa Yang Terjadi Pada Dia Adalah Satu Peringatan

Baru-baru ini, penyanyi Radhi OAG dikatakan sedang dalam usaha mengumpul wang bagi membiayai kos pembedahan mata kanannya yang berdepan masalah penglihatan akibat katarak.

Bercakap kepada pemberita, Radhi memberitahu bahawa mata kanan mula bermasalah sekitar Mac lalu, membuatkan penglihatan mata kanannya menjadi gelap dan kabur.

Kumpul duit buat pembedahan

Disebabkan itu, dia tidak dapat mengawal keseimbangan badan ketika berdiri dan memegang barang akibat mata kananya sudah semakin kabur.

“Jadi saya dapatkan rawatan di hospital dan doktor memberitahu saya mengalami masalah katarak selain perlu menjalani pembedahan…”

Radhi berkata, dia memerlukan sebanyak RM3,000 bagi menanggung kos pembedahan mata. Oleh itu, dia kini sedang mengumpul wang secepat mungkin kerana bimbang matanya bertambah teruk.

Penyakit peringatan dari Allah

Bagaimanapun, Radhi redha dengan ujian yang diberikan kepadanya, menyifatkan itu adalah petunjuk daripada Allah SWT supaya dia menjadi insan yang lebih baik.

“Saya anggap penyakit ini satu hadiah daripada Allah. Mungkin Dia nak beritahu saya, kalau masih teruskan kehidupan begitu (masa lampau), masa depan saya boleh gelap…”

.

“Doakan semoga mata kanan saya kembali normal supaya saya dapat menikmati kehidupan dengan jalan yang baik dan diredai,” katanya…”

Difahamkan, Radhi bakal muncul dengan sebuah konsert dalam talian pada 30 Ogos ini, Maya Konserto OAG Mods menampilkan Radhi bersama rakan-rakan seperti Baba Andy (Flop Poppy), Emri Shamreza (Blind Tribe) dan Nazrin (OAG).

View this post on Instagram

#MalaysianOldDefiantSoul

A post shared by MUHAMMADRADHIRAZALISABANGLOPE' (@radhioag) on

Sumber : OMM

Be the first to comment on "Radhi OAG Kumpul Duit Untuk Pembedahan Dia. Apa Yang Terjadi Pada Dia Adalah Satu Peringatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*