Kereta Masuk Laluan Motor Sampai Brader Motor Ini Langgar Dinding. Netizen Buat Galian Dan Mereka Jumpa Info Tentang Kereta Itu

Video yang viral di media sosial menunjukkan tindakan dan sikap tidak bertanggungjawab seorang pemandu kereta yang menggunakan lorong motosikal. Malah, situasi ini bukan kali pertama berlaku melibatkan pemandu kereta yang menggunakan lorong motosikal.

Bagaimanapun, tindakan demikian telah menyebabkan seorang penunggang motosikal hilang kawalan lalu merempuh dinding di laluan motosikal tersebut.

Kereta masuk lorong motosikal

Video yang dikongsikan melalui laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis ini undang kemarahan ramai orang. Video ini dirakam menerusi sebuah GoPro yang terletak di atas topi keledar penunggang motosikal tersebut.

Kemalangan itu berlaku pada 19 Ogos 2020, waktu lebih kurang sekitar 3.30 hingga 4.00 petang di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Mid Valley.

Bantu dapatkan maklumat

Setelah video tersebut viral, didapati pengguna media sosial turut membantu mendapatkan maklumat berhubung pemilik kenderaan jenis Toyota Vios berwarna putih itu. Dipercayai sehingga tarikh 21 Ogos 2020, kenderaan tersebut telah memiliki tiga saman berjumlah RM450.00.

Harap gantung lesen

Rata-rata pengguna media sosial bengang dengan tindakan tidak bertanggungjawab pemandu tersebut yang dipercayai hendak mengelak daripada kesesakan jalan raya. Tindakan tersebut mengundang nyawa penunggang motosikal lain yang menggunakan lorong tersebut.

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis via Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*