Ada Sebab Kenapa Lelaki Ini Kayuh Basikal Dari Bangkok Ke Melaka. Apa Yang Terjadi Sebelum Itu Memang Mengagumkan

Siapa yang tidak suka melancong? Malah, setiap orang yang ingin melancong kerana ingin mencari pengalaman yang berbeza di negara orang dan membuka minda agar lebih menghargai apa yang ada sekarang.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Sham Hussain telah berkongsi kisahnya yang kebetulan berjumpa dengan seorang pemuda yang mempunyai kisah luar biasa. Kenapa luar biasa? Pemuda tersebut sanggup berbasikal dari Bangkok, Thailand untuk pulang ke Melaka.

Pemuda tersebut dikenali sebagai Chap berusia 24 tahun dan berasal dari Melaka. Chap berbasikal dari Bangkok untuk pulang ke Melaka setelah dia berbasikal selama 3 bulan di seluruh negara Jerman.

69797569_525662538236709_38734553400999936_n

Menurut Sham, Chap sudah 3 tahun merancang dan simpan duit untuk melancong sambil kayuh basikal di Jerman. Untuk pengetahuan anda, dia hanya bekerja di kafe biasa sahaja di Melaka, tetapi duit gaji yang dia dapat dia simpan untuk merealisasikan impiannya.

Apa yang mendorong Chap untuk melancong ke Jerman? Ini kerana dia banyak mengenali dan berkawan dengan pelancong Jerman yang datang ke kafe tempat dia bekerja. Lalu, ketika di Jerman dia melawat rakan-rakan yang dia kenali waktu di kafe.

Chap mengatakan bahawa orang-orang Jerman sangat baik dan ada yang beri dia tumpang bermalam di sana. Setelah berkayuh basikal melawat semua tempat di Jerman, Chap pun mengambil keputusan pulang ke Malaysia tetapi disebabkan tiket ke Malaysia agak mahal jadi Chap mengambil penerbangan ke Bangkok.

Kemudian, dari Bangkok, Chap pun berkayuh basikal untuk pulang ke Melaka. Menerusi cerita yang disampaikan oleh Chap memberikan pengajaran untuk diri Sham. Ini pengajaran yang Sham dapat menerusi kisah Chap:

1. Nekad untuk buat sesuatu sampai jadi. Alhamdulillah, apa yang dia nak buat 3 tahun lepas sudah terlaksana.

2. Halangan. Halangan utama ialah keizinan keluarga. Akan tetapi, selepas dia tunjuk kesungguhan dan jelaskan segala perancangan dan tindakan apa yang dia perlu buat, dari halangan, keluarga dia sokong 100% impian dia.

3. Ilmu. Tidak dinafikan, dia cakap memang mudah cakap nak ke sana ke sini nak buat itu ini, tapi ilmu asas wajib kena ambil tahu. Dalam kes dia, nak travel, jadi dia belajar dan ambil tahu ilmu traveling dan tentang ilmu budaya dan ilmu berkaitan.

4. Passion. Dia cakap, asalnya rancang ingin pergi ramai, tetapi semua tidak jadi di saat akhir kecuali dia. Dia bagitau, simple sahaja apabila kita buat sesuatu perkara tanpa passion, kekuatan itu macam tiada, akan mudah dilemahkan dan melemahkan.

Sumber : The Vocket

Tahniah Chap !!!

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*