Azad Jasmin ‘Menangis’ Tak Berhenti Meminta Tolong Isteri Dia Eira Syazira

Gelagat pelakon Azad Jasmin membuat pengikut di Instagram (IG) terhibur apabila dia merayu kepada isteri, Eira Syazira supaya mengular siar akaun terbarunya.

Azad sebelum ini yang menggunakan IG @azadsyazirarose kini menggunakan akaun baru, @pak_azad76’s selepas digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Pelakon yang sering muncul dengan posting lucu di IG itu kemudiannya merakam video dan merayu isterinya supaya kongsikan semula rakaman tersebut.

“IG @azadsyazirarose saya kena hacked…Eira Syazira you suruh followers you follow I, kalau tak I curi IG you dan I jadikan ig you ig I… hmmmmmm,” tulis Azad pada ruangan kapsyen.

Eira Syazira yang mengulang siar hantaran Azad itu pada ruangan kapsyen meminta suaminya membayar rakaman video yang dimuat naik di IGnya.

“Bayar la!,” usik Eira disertai emoji ketawa.

Menerusi rakaman video tersebut, Azad ‘menangis’ kerana IGnya digodam sambil mengadu kepada anak-anaknya Ameisya Leanne Rose dan Ariesya Suri Rose mengenai akaun media sosialnya yang digodam.

“Ameisya, Suri…Akaun saya kena hacked…Tak pa, tak pa..Alif Lam Lam Ha siapa hacked IG saya dia berdosa.

“Ini IG baru saya, Eira Syazira isteri saya tercinta tolong repost ya video ni, bagitahu dekat peminat-peminat You yang IG I kena hacked.

“Semua kenangan-kenangan terindah kita kena hacked. So suruh peminat-peminat You follow IG I ni, kalau tidak I gaduh dengan You Eira Syazira!,” katanya.

Video tersebut telah ditonton lebih 33,000 kali di IG Eira. Setakat ini IG baru Azad telah mengumpul 4,989 pengikut dengan 10 posting terbaru sejak dua hari lalu.

Azad pada 2018 pernah meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggodam akaun Instagram (IG) miliknya.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Azad Jasmin ‘Menangis’ Tak Berhenti Meminta Tolong Isteri Dia Eira Syazira"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*