Comel Je Siti Aafiyah Buat Kek Sempena Anniversary Ke- 14 Siti Nurhaliza & Datuk K

Anak penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah membuat buat kek sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapanya.

Aafiyah, 2, dibantu oleh pengasuhnya mendekorasi kek itu sendiri untuk kejutan istimewa sambutan ulang tahun perkahwinan ke-14 Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiawa atau Datuk K.

Aaafiyah Buat Kek Sempena Anniversary Ke- 14 Siti Nurhaliza & Datuk K

“Alhamdullillah.. Syukur. Terima kasih anakku sayang buatkan kek anniversary ayah dan ibu.

“Aafiyah penyeri dan anugerah sangat bernilai bagi kami. Alhamdullillah 14 tahun yang indah. Semoga sampai ke Jannah. Aamiin ya rabb…” katanya.

Siti berkongsi kegembiraan tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Siti memuat naik video keletah Aafiyah dari mula menyiapkajn kek tersebut sehingga diberikan kepada ibu bapanya.

Video tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terhibur melihat celoteh Aafiyah yang petah bercakap.

Tidak kurang juga ramai yang mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut yang menyambut ulang tahun perkahwinan.

Siti dan Datuk K bernikah pada 21 Ogos 2006 dan menimang cahaya mata selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga.

Alhamdullillah.. Syukur! Terima kasih anakku sayang buatkan kek anniversary ayah & ibu . Aafiyah penyeri dan anugerah sangat bernilai bagi kami.. Alhamdullillah 14 tahun yang indah .. semoga sampai ke Jannah .. aamiin ya rabb ..

https://www.instagram.com/p/CEHO7D3HlXR/

https://www.instagram.com/p/CEJJUxTHE1y/

Sumber : GEMPAK

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*