Cikgu Ini Dedahkan Memang Selalu Rakam Video Dalam Bilik Darjah Tapi Ada Yang Terpaksa Padam

Sebelum ini, viral di media sosial mengenai satu rakaman video memaparkan seorang murid di sekolah rendah menjawab soalan guru hingga mengundang perhatian ramai orang.

Susulan daripada itu, guru berkenaan telah memberi penjelasan dan menjawab semula teguran yang diberikan terhadapnya berhubung isu tersebut.

Di Facebook, Mohd Fadli Salleh berkongsi pandangannya sebagai seorang guru mengenai isu video viral tersebut.

Saring dahulu video

Aku antara cikgu yang sangat kerap merakam video pengajaran. Beratus-ratus dah video pengajaran yang aku rakam. Dan ya, memang ada beberapa video terpaksa aku padam dan rakam semula tanpa aku upload kat mana-mana media sosial.

Sebab aku sedar ada scene yang tidak elok dan boleh menjatuhkan maruah murid atau aku sendiri. Maka, aku saring dahulu video mana yang sesuai di upload sebagai perkongsian dan bahan pembelajaran.

Video pembelajaran yang elok, tiada siapa akan marah. Bahkan orang seronok tonton. Dan buat pengetahuan kawan-kawan yang bukan dalam bidang pendidikan, zaman sekarang menuntut pembelajaran yang pelbagai termasuk rakaman video.

Ia sejenis cara mengajar yang berkesan, kena pula dengan Pendidikan Abad ke 21 (PAK 21). Dalam amalan Professional Learning Community (PLC), memang guru-guru diminta merakam video untuk tujuan perbincangan, refleksi, sebagai contoh amalan terbaik dan sebagainya. Ia dikenali sebagai video kritik.

Juga kami disarankan mengamalkan pendidikan yang dinamakan flip classroom di mana murid diberi dulu bahan pembelajaran seperti video untuk mereka tonton dan belajar di rumah. Setelah itu pembelajaran akan diteruskan di sekolah.

Jadi secara asasnya, rakaman video pengajaran dan pembelajaran itu antara teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh guru guna.

Cuma satu aku ingin berpesan pada diri sendiri terutamanya, dan kawan-kawan guru, khusus pada adik-adik yang baru dalam bidang ini. Tolong hati-hati bila membuat rakaman video. Jika ada scene yang tidak elok, boleh mengaibkan, memalukan, janganlah sebar.

Bukan kali pertama berlaku

Menurut Fadli Salleh, dia merupakan salah seorang guru yang rajin memuat naik video bersama pelajar. Namun, bukan semua video yang dirakam akan dimuat naik di media sosial.

Ujarnya, sebagai seorang guru, dia akan memastikan video yang dimuat naik tidak mempunyai unsur yang tidak baik dan boleh menjatuhkan maruahnya sebagai guru. Tambahnya, maruah pelajar perlu dijaga juga.

Di samping itu, Fadli memberitahu bahawa bidang pendidikan zaman sekarang memerlukan seorang guru merakam video pembelajaran. Ini kerana, perbincangan dan refleksi antara guru dan murid sewaktu pembelajaran dapat diwujudkan.

Isu kes video murid sekolah yang tular hari ini bukan kali pertama berlaku. Ia pernah berlaku sebelum ini dengan kes yang hampir sama. Kes video tentang murid yang dianggap kelakar, kemudian pakat share dan sebar.

Padahal ia melibatkan maruah keluarga murid tersebut. Dalam kes ini, aku tidak tahu siapa yang mula sebar. Ada kata pihak ibubapa, ada pula kata sebaliknya. Tidak sudah jika terus bergaduh siapa yang sebarkan.

Cuma pesanan pada diri sendiri dan kawan-kawan guru, jika rakam video tolong semak semua video itu agar tiada mana-mana pihak yang terasa hati.

Pastikan ia sesuai untuk dikongsi baru kita kongsi. Jika tidak, delete sahaja cepat-cepat. Kelak ia akan memakan diri walau pun niat asal merakam video itu murni. Jadikan kes hari ini sebagai pedoman untuk semua.

Dan berhentilah saling tuduh menuduh, bergaduh, memaki hamun dan menyindir lagi. Rasanya sudah cukup banyak kata-kata negatif, makian dan seumpamanya kita boleh baca hingga malam ini. Kita tenang-tenang.

Tarik nafas dan hadapi isu ini dengan matang. Yang lepas sudah tidak boleh ditarik balik. Apa yang kita boleh buat, kita jadikan ia sebagai pengajaran agar tidak lagi berulang di masa akan datang.

Mohd Fadli Mohamed SallehPendidik | Pendidik

Mengulas mengenai isu yang berlaku, Fadli memberitahu kes video murid sekolah yang viral ini bukan kali pertama berlaku.

Malah, ia seakan sama dengan kes-kes sebelum ini. Jelasnya, dia tidak mengetahui siapa yang menyebarkan video tersebut. Fadli turut memberi nasihat kepada semua masyarakat di luar sana agar memeriksa semula kandungan video yang dirakam sebelum memuat naik di media sosial.

Sumber: Mohd Fadli Salleh via The Reporter

 

Be the first to comment on "Cikgu Ini Dedahkan Memang Selalu Rakam Video Dalam Bilik Darjah Tapi Ada Yang Terpaksa Padam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*