Ustaz Abu Syafiq Dedahkan Sesuatu Yang Mengejutkan Tentang Sugeh Resort Milik Aliff Syukri

Pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq tampil menegur tindakan individu yang memburuk-burukkan perniagaan orang lain dalam niat untuk memberikan kesedaran.

Jelas Abu Syafiq, tindakan sewajarnya adalah menegur dengan cara berhemah dan harmoni tanpa perlu mendedahkan sisi buruk pihak lain.

“Perbuatan memburuk-burukkan perniagaan orang lain dengan membuka aib sedangkan anda boleh tegur secara harmoni adalah amalan yang perlu dijauhi.

“Lipas, darah dan sampah, ‘mata lalat’ sahaja yang tajam. Tegurlah dengan baik,” nasihatnya menerusi entri terbaharu di Instagram.

Malah, Abu Syafiq turut menyelar tindakan pemilik resort yang tular baru-baru ini dan mendakwa premis itu tiada kelulusan rasmi.

“Resort tidak ada kelulusan yang rasmi. Tipu orang kuat. Lepas tu marah orang.

“Malulah jadi jutawan berlagak sombong hina customer buat fitnah sana sini. Bertaubatlah weei,” tulisnya.

Terdahulu tular keluhan seorang atlet parkour yang mendedahkan resort milik seorang usahawan kosmetik tidak dijaga dengan baik dan kotor.

Sehubungan itu, seorang usahawan kosmetik kemudiannya tampil mengemukakan bukti video membongkar tindakan dan aktiviti atlet terbabit sepanjang menginap di resort tersebut.

Aliff Syukri Jawab Aduan Pelanggan – “Skipping, Berlari & Main Bola Sepak Di Lobi…Jaga Adab Dan Etika Di Tempat Orang!”

Aliff Syukri Jawab Aduan Pelanggan – “Skipping, Berlari & Main Bola Sepak Di Lobi…Jaga Adab Dan Etika Di Tempat Orang!”

Aliff Syukri menerusi posting di Instagram (IG), memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan sekumpulan pengunjung yang tidak menjaga etika ketika mengunjungi Sugeh Hill Resort yang terletak di Janda Baik, baru-baru ini.

Menerusi rakaman CCTV tersebut, Aliff Syukri mendakwa keluarga pemuda yang menularkan tentang rumah rehatnya itu tidak menjaga etika dan adab ketika berada di sana.

Antara yang dipaparkan ialah beberapa orang kanak-kanak berlari di kawasan lobi, bermain tali skipping dan bola sepak termasuk makan di ruangan tersebut.

Menurut Aliff Syukri, lobi bukanlah tempat yang sesuai untuk melakukan semua aktiviti tersebut dan mengucapkan terima kasih kerana menegur kelemahan pihak pengurusan Sugeh Hill Resort.

Dalam pada itu, Aliff Syukri turut memberitahu pekerja di tempat penginapan tersebut telah menegur keluarga berkenaan namun dibalas dengan kata-kata kesat oleh mereka.

“Assalamualaikum, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas komen untuk resort saya dan ingin saya maklumkan resort saya ini baru beroperasi dalam beberapa bulan sahaja.

“Di sini saya ingin kongsikan juga keadaan sebenar yang berlaku. Di sini kita lihat etika yang kurang manis apabila kanak-kanak dibiarkan berlari-lari bermain di belakang kaunter, makan di lobi saya.

“Kan sudah disediakan kafe, tempat bermain seperti padang dan ruang legar yang lebih sesuai. Dan saya rasa baring, makan bawak periuk tidak sesuai dilakukan di lobi.

“Anda lihat sendiri seorang wanita bermain skipping di lobi saya dan kami sudah memaklumkan ini bukan tempat permainan.

“Kerusi sofa semua dialihkan tanpa meminta kebenaran kami. Secara jujurnya sukar untuk saya ungkapkan tetapi bila dah jadi macam ni saya terpaksa juga berkongsi tentang kumpulan ini yang mereka buat lobi seperti rumah mereka.

“Yang paling menyedihkan siap main bola sepak ya…Siap masuk ke ruangan kaunter utama saya…,” katanya kesal.

Sumber : GEMPAK

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*