Ramai Tak Tahu ‘Mak Leha’ Dituduh Cerai Kerana Nak Lelaki Muda. Ini 1O Fakta Mak Leha Yang Ramai Tidak Tahu

SEBUT saja nama ‘Mak Leha’ sudah pasti ramai yang akan berasa ger4m dengan lakonan Liza Abdullah menerusi drama 7 Hari Mencintaku yang bakal berakhir pada Isnin.

Watak ibu mertua yang mempunyai keinginan tersendiri dalam membahagiakan anak-anaknya sehingga mengundang kec4man daripada penonton.

Berpuluh tahun dalam dunia lakonan, kehebatan Liza Abdullah untuk membawa sesuatu watak dengan baik memang tiada tandingan.

Netizen geram dengan watak Mak Leha lakonan Liza.

Kali ini, mStar senaraikan fakta menarik mengenai Liza Abdullah atau Mak Leha.

1. Liza atau nama penuhnya Norliza Abdullah dilahirkan pada 6 Jun 1964 di Kuala Lumpur dan kini berusia 56 tahun.

2. Dia pernah berkahwin dengan Zolkefli Abdul Rahman pada 1988 namun perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga 2014.

3. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zulhaffiz Zarriq, 31, Nurnaffiz Syahiddah, Zolkefli, 27, Zulsyahmi, 18 dan Zulsyahmi Afif, 16 tahun.

4.Kisah rumah tangga Liza juga pernah mendapat liputan luas selepas aktres tersebut mengakui sudah tidak sebumbung dengan bekas suaminya sejak beberapa tahun selain mengalami konflik berpanjangan.

Biarpun Liza sudah berpisah dengan bekas suami namun mereka masih jalinkan hubungan yang baik demi anak-anak.

Liza dan Zolkefli akhirnya sah bercer4i talak satu pada 24 Februari 2014 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.

5. Liza juga pernah dikatakan dilamar jurukamera sebaik berpisah dengan bekas suami. Waktu itu heboh orang bercerita kononnya Liza bercer4i kerana mahu bersuamikan pucuk muda.

Sekitar 2017, sekali lagi gosip berterbangan mengatakan Liza bakal berkahwin namun dramatis hebat itu tampil menyangkal dakwaan tersebut.

6. Satu-satunya anak perempuan Liza iaitu Nurnaffiz mengikut jejak langkahnya dengan menceburi bidang pengacaraan dan lakonan sejak 2017.

Liza bersama pelakon-pelakon 7 Hari Mencintaiku 2.

7. Pada 24 Julai lalu, Liza menerima menantu lelaki apabila anak perempuannya itu mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Syahidan Rosli.

8. Menerusi kerjaya seninya pula, Liza dikenali sebagai penyanyi sekitar tahun 1990-an menerusi lagu Semalam Yang Hilang dan lagu duet bersama Ringgo (Arrow) berjudul Samarenda.

9. Namanya kemudian dikenali sebagai pelakon apabila membintangi filem Ali Setan dan Ali Setan 2 bersama Azmil Mustapha dan Fauziah Ahmad Daud pada 1985.

10. Bakat luar biasa Liza Abdullah telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin menerusi lakonan mantapnya dalam drama Neraka Abah pada tahun 2013.

Sumber : Mstar, Terengganu tv

Be the first to comment on "Ramai Tak Tahu ‘Mak Leha’ Dituduh Cerai Kerana Nak Lelaki Muda. Ini 1O Fakta Mak Leha Yang Ramai Tidak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*