Murid Cakap Dalam VlDE0 ‘Ayah Masak Ketum’. Ini Kenyataan Dari Presiden NUTP

PENYEBARAN video kanak-kanak sekolah yang menjawab soalan guru dengan berkata bahawa bapanya pandai masak air ketum tidak wajar dan tidak sepatunya berlaku.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Amiruddin Awang berkata, beliau sudah melihat video yang tular di media sosial pagi tadi dan masih belum mengetahui punca sebenar bagaimana video berkenaan boleh tular.

Menurut beliau, perkara itu di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan dan NUTP memandang serius perkara itu kerana membabitkan kanak-kanak bawah umur.

“Perkara itu sepatutnya tidak berlaku kerana boleh mencemarkan maruah keluarga dan kanak-kanak terbabit, ” katanya ketika dihubungi di Putrajaya, hari ini.

Video tular hari ini menunjukkan murid sekolah berkata bapanya pandai masak air ketum apabila menjawab soalan gurunya.

Amiruddin berkata, pihaknya akan menunggu maklumat lengkap berkenaan video yang tular itu sama ada ia dilakukan oleh pihak lain.

Menurut beliau, sekiranya perkara itu dilakukan oleh guru, ianya sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana membabitkan hal ehwal murid dan pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Pendidikan bagi membuat siasatan.

Katanya, beliau turut menasihatkan guru agar berhati-hati dengan kecanggihan teknologi masa kini supaya tidak melakukan perkara di luar batasan yang boleh menjejaskan institusi perguruan.

“Buat masa ini kita menyerahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk membuat siasatan dan motif sebenar ia ditularkan,” katanya.

Cikgu Murid Tampil Beri Penjelasan.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi memuat naik satu status dimana cikgu tersebut telah menghubungi beliau dan menjelaskan apa sebenar yang terjadi. Jom baca ..

Cikgu yang merakam video ‘ayah saya masak ketum’ mesej saya.

Ya, kita semua maklum soalan yang diajukan itu diulang kali kedua. Awalnya cikgu ini dah dengar jawapan masak ketum itu, namun untuk ‘bukti kukuh’, beliau ambil inisiatif untuk bertanya kembali dengan rakaman.

Apa tujuannya? Nak viralkan ke media sosial?

Jawapannya tidak.

Lalu video itu HANYA dihantar kepada IBU kanak-kanak itu sahaja. Saya ulang, hanya kepada IBU murid itu sahaja.

Kenapa?

Niat cikgu ini jelas, beliau nak bantu pelajar berkenaan. Katanya, kalau ia betul-betul berlaku, harap pihak ibu tidak cover hal itu dari anak.

Jadi siapa yang viralkan video ini ke media sosial?
Ibu kanak-kanak berkenaan mungkin ada jawapannya. Biasanya kalau video ‘comel’ begini, mestilah cepat-cepat nak share dalam group whatsapp family.

Bila dah tersebar di satu group, bayangkan apa akan jadi selepas itu. Dan kita semua dah tahu video ini telah tersebar merata.

Cadangan saya begini,

1. Jika hal sebegini berlaku, mohon cikgu tidak mengambil tindakan peribadi dengan menghantar video itu terus kepada parents. Ya, niat cikgu baik, tapi kita khuatir ia akan timbul salah faham.

2. Rujuk pentadbir sekolah. Bincang apakah jalan yang terbaik untuk bantu murid ini, juga ayahnya.

3. Paling elok, panggil si ayah dan ibu murid datang ke sekolah. Maklumkan apa yang berlaku serta tunjukkan video itu.

4. Maklumkan pada ibu bapa apakah impak buruk yang dialami anak jika si ayah tak berubah (jika benar menurut dakwaan anak).

Ok, sekarang video ini dah tersebar di dalam group wassap, facebook, page, twitter, youtube, instagram dan lain-lain media sosial.

Apa yang kita boleh buat?

Saya mohon kalian sebarkan posting saya ini. Asal nampak video berkenaan orang share, share tulisan saya ini. Nak copy paste pun tak ada masalah, saya benarkan.

Sumber : HMETRO ONLINE / Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Be the first to comment on "Murid Cakap Dalam VlDE0 ‘Ayah Masak Ketum’. Ini Kenyataan Dari Presiden NUTP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*