Tengah Rebus Ketupat Tiba Tiba Api Sambar. Punca Kejadian Didedahkan

Insiden kebakaran yang berlaku di rumah seringkali dilaporkan berpunca daripada masalah lintar pintas dan kebocoran pada saluran paip gas.

Seperti perkongsian di Facebook, Nadyya Salim menceritakan pengalaman cemas apabila dapur di rumah yang didiami mereka sekeluarga telah terbakar tanpa disedari.

Api terus menyambar

Seumur hidup ni pertama kali jadi dekat kami, jadi kebakaran dalam rumah kami. Allahuakhbar, Tuhan je tahu macam mana perasaan kami tadi, kelam kabut blank semua ada bila tiba-tiba api meletus dan menyambar satu dapur kami. Masa ni tak fikir apa dah, selamatkan kereta dan kucing-kucing je lepas itu pakat lari keluar rumah jerit panggil jiran, call bomba. Semua jadi sat sangat sampai tercungap-cungap kak Nadya lari nak selamatkan apa yang boleh diselamatkan. Ketar tangan.

Kejadian itu jadi masa mak dok rebus ketupat, lepas itu dia masuk bilik nak sembahyang, tiba-tiba kami dengar api dah menyambar. Kuat bunyi. Memang tak boleh buat apa dah sebab main dengan gas ni, silap cara padam lagi sakan dia menyambar kan. Alhamdulillah nasib baik bomba sampai cepat, dia padamkan api tu lepas itu cari punca. Rupanya punca jadi kebakaran ni sebab batang paip gas tu tercabut then terus sambar api.

Allahuakhbar nasib baik masa dia meletup tu mak tinggal pergi sembahyang, kalau tidak kena mak. Ayah pula cerita dia merangkak pergi cuba tutup kepala gas masa kami dok sibuk kat luar call bomba, nasib tak jadi apa-apa dekat depa dua. Padahal dah jerit-jerit suruh semua keluar. Nasib baik masa jadi ni mak tak duduk rumah seorang. Tidak tak tahu la dia nak buat apa sebab kami sendiri pun gelabah sangat.

Alhamdulillah, semua selamat

Apapun semua yang jadi ni kami terima dengan hati yang redha. Allah nak uji kami sekeluarga. Yang penting tak ada sapa-sapa tercedera. Jiran-jiran pakat mai tolong, saudara mara dan kawan-kawan baik pakat mai bagi sokongan. team pun banyak mesej bagi kata semangat. Terima kasih banyak-banyak semua.

Semoga Allah balas kebaikan hampa semua yang bagi semangat pada kami. Kak Nadya minta maaf terpaksa cancel live malam ni. Kak Nadya sendiri dalam keadaan cuak dan nak tenangkan diri dulu. Nak kemas balik rumah yang macam tongkang pecah dah ni.

Cuma tadi abang bomba tu ada pesan, paip gas tu terkeluar sebab bila kita masak ada minyak yang terbentuk dalam paip tu, dia punca paip tu tertanggal sendiri. Banyak kes dah so sebaik-baiknya 2 bulan sekali kena check paip gas kat dapur tu still ok or longgar.

Bahaya, nasib kami baik sebab paip tu hanya sticks pada satu tempat, kalau setengah dapur tak ada tempat penampan batang paip tu, dia boleh terbang merata and kebakaran lagi cepat marak ke tempat lain. Apapun syukur alhamdulillah keluarga kami selamat.

Sumber: Nadyya Salim via Oh Bulan

Be the first to comment on "Tengah Rebus Ketupat Tiba Tiba Api Sambar. Punca Kejadian Didedahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*