Hanez Suraya Ciplak Rekaan Baju Basikal Orang Lain Ke. Ini Komen Balas Hanez

Pelakon Hanez Suraya menjawab dakwaan mengatakan baju untuk aktiviti berbasikal yang dijual olehnya menciplak rekaan yang terdapat di internet.

Jelas Hanez, rekaan yang dimuat naik olehnya hanya sekadar contoh sahaja untuk mengumpul respon dan saiz pelanggan.

Baju Didakwa Tiru Design Di Internet, Ini Penjelasan Hanez Suraya

“Sebenarnya, rekaan baju yang dijual oleh saya belum dimuktamadkan lagi. Rekaan yang saya tonjolkan di laman sosial terbabit hanyalah sekadar contoh dan ia untuk ‘sizing chart’ sahaja.

“Kami mahu membuat ‘survey’ mengenai saiz pelanggan. Jika pelanggan klik link yang diberikan, kami akan mengambil maklum balas dan saiz mereka.

“Bila rekaan baju yang akan dijual telah dimuktamadkan, kami akan menghubungi mereka yang telah terlebih dahulu memberikan respon dan saiz mereka.

“Bila rekaan yang sebenar dikeluarkan, kami akan mengutamakan mereka yang telah memberi maklum balas awal.

“Seterusnya, barulah ia akan dibuka kepada umum,” kata Hanez ketika dihubungi Gempak.

Kini muncul dengan jenama HypeNez, minat aktres drama bersiri Suri itu muncul selepas melibatkan diri secara serius dalam aktiviti berbasikal.

“Jenama ini memberi fokus terhadap bidang kesihatan, berbasikal, kecantikan dan tenaga. Untuk produk pertama, kami akan mengeluarkan baju yang sesuai untuk aktiviti berbasikal.

“Insya-Allah, lebih banyak produk dan pengumuman yang akan saya hebahkan menerusi jenama HypeNez.

“Dalam perancangan, saya akan wujudkan HypeNez Cycling Club dan HypeNez Cycling Cafe. Ia merangkumi kedai kopi, jual aksesori, cuci dan servis basikal.

“Semuanya boleh lepak di sana, bukan sahaja mereka yang gemar berbasikal, yang lain pun boleh datang ke sana. Untuk perkembangan lanjut, ikuti laman Instagram @hypenez.official,” katanya.

Sumber : GEMPAK

Makin ramai plak artis main basikal kan… admin kena beli sebijik ni hahaha!

View this post on Instagram

🐌🚴‍♀️ . 🎥 @ak.ujang_

A post shared by Hanez Suraya ™️ (@hanezsuraya) on

Be the first to comment on "Hanez Suraya Ciplak Rekaan Baju Basikal Orang Lain Ke. Ini Komen Balas Hanez"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*