Bintang AF2 Linda Nanuwil Masih Bujang Ketika Umur Sudah Meningkat. Ditanya Kenapa Tidak Kahwin, Ini Jawapan Beliau

Bintang Akademi Fantasia 2 (AF2), Linda Nanuwil akui masih selesa hidup bersendirian biarpun umurnya kini sudah berusia 36 tahun.

Menurut Linda, dia sedar umurnya kini boleh dikatakan agak lewat memandangkan kebanyakan rakan seperjuangannya ramai yang sudah mendirikan rumah tangga.

KENAPA MASIH BELUM KAHWIN?

Masih Single Walaupun Berusia 36 Tahun? Ini Jawapan Linda Nanuwil

“Tapi bagi saya tiada masalah pun, malah saya masih selesa macam ni.

“Bagi Linda ok je single,” katanya.

Ditanya sama ada dia telah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, linda menjelaskan dia masih belum ke arah itu.

“Apa yang saya boleh cakap, saya masih lagi berkawan dan berhubung dengan seorang ‘teman lelaki’.

“Tapi untuk bincang tentang kahwin, belum lagi ke arah itu,” katanya.

Linda berkata demikian ketika ditemui di studio Wake The Baby di Taman Tun Dr Ismail semalam.

Untuk makluman Linda bakal membuat ‘comeback’ dengan mengeluarkan single terbaru berjudul Ikhlaskanlah Hatimu.

Lagu bergenre balada itu dihasilkan oleh Ajai manakala lirik Lukman S.

Sumber : GEMPAK

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Teh O Ais Media tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak Teh O Ais Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Artikel dan penulisan di dalam ini juga tidak melambangkan pendapat peribadi pihak kami.

 

Be the first to comment on "Bintang AF2 Linda Nanuwil Masih Bujang Ketika Umur Sudah Meningkat. Ditanya Kenapa Tidak Kahwin, Ini Jawapan Beliau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*