Luahan Sayu Owner Kedai Makan Plonxbox Tentang Arahan MBSA Yang Tak Masuk Akal

“SAYA dan keluarga cuba berbincang untuk memberi tempoh sehingga jam 3 petang kerana kontena yang dijadikan kedai makan itu dalam proses untuk dipindahkan tambahan sudah ada yang ingin membelinya namun gagal sebelum disita MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) semalam,” kata pemilik kedai makan Plonxbox, Muhammad Afifi Zaidi, 34.

Muhammad Afifi berkata, dia memulakan kedai makan itu sejak 2015 bermula dengan hanya khemah bagi menampung pendapatan kilang percetakan milik keluarganya ketika itu yang makin kurang menjana pendapatan.

Menurutnya, mereka yang terpaksa membayar gaji 20 kakitangannya kemudian mencari kaedah lain dengan membuka gerai makan itu bermula dengan hanya khemah sebelum dua tahun lalu membina kontena dijadikan gerai makanan di hadapan kilang percetakan ini.

“Kami faham dengan tugasan MBSA namun tidak masuk akal apabila diberi notis 24 jam.

“Malah sebaik menerima notis itu, saya terus mengiklankan di laman sosial jika ada sesiapa yang ingin membeli kontena ini dan sudah ada pembelinya sebab itu saya ada meminta pihak MBSA memberi masa sehingga jam 3 petang untuk memindahkannya namun tetap disita,” katanya ketika ditemui di kedainya di Bandar Baru Sungai Buloh, di Sungai Buloh, hari ini.

Katanya, pihaknya juga sebenarnya sudah ada perancangan untuk membuka kedai makan itu di kawasan lain cuma mengambil sedikit masa untuk mengumpul modal membinanya di atas tanah itu.

“Saya juga terpaksa menutup aplikasi tempahan khidmat penghantar makanan kerana kedai tidak dapat dibuka namun hari ini entah bagaimana masih menerima tempahan sedangkan kedai tidak dibuka.

“Ramai penghantar makanan daripada dua syarikat perkhidmatan makanan datang untuk mengambil tempahan namun terpaksa dimaklumkan perkara itu,” katanya.

Sementara itu, penghantar makanan GrabFood, Che Zamri Che Ani, 40, berkata, dia menerima tempahan untuk dihantar kepada pelanggan di kedai ini sebanyak empat tempahan namun sebaik tiba dapati kedai tidak dibuka.

“Saya terpaksa menghubungi pusat panggilan syarikat untuk memaklumkan keadaan ini dan jadi bermasalah juga kepada kami,” katanya.

MBSA semalam mengadakan operasi bersepadu bagi membanteras penjaja dan gerai tanpa kebenaran yang beroperasi di bahu jalan tanpa kebenaran.

Ia susulan dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau Asri Janggut mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh ‘kebal’ kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.

Selain itu, video yang dirakam menerusi tinjauan semasa menaiki kereta itu juga mendakwa pihak berkuasa menutup mata kerana ada yang menerima habuan daripada ‘tauke’ kedai mesin judi.

Sumber: Hmetro Online

Kami akan cuba untuk bangkit semula. Doakan kami, jangan lupakan kami.- plonxboxMenghidangkan rasa kebahagiaan

Dikirim oleh Plonxbox pada Rabu, 12 Agustus 2020

Be the first to comment on "Luahan Sayu Owner Kedai Makan Plonxbox Tentang Arahan MBSA Yang Tak Masuk Akal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*