Nabila Huda Hadapi Detik Cemas Dirumah Dan Ketika Itu Dia Tinggal Seorang Diri

Aktres Nabila Huda, 36, tidak dapat mengawal perasaan takut selepas rumahnya didatangi seorang individu yang mencurigakan.

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Abil, ketika kejadian berlaku dia keseorangan tanpa suami, Mohd Izwan Johar dan anak perempuannya, Keisha Laila.

Rumah Diceroboh Pencuri, Nabila Huda Nangis Teresak-Esak -

“Korang! Weh serius la weh. Saya tak tahu. Saya macam nampak orang kat balkoni. Saya tutup lampu lepastu saya dengar sesuatu.

“Dah la suami saya tak ada, Keisha tak ada. Saya nampak macam ada..

“Weh tak kelakar! Macam mana ni weh? Pintu kunci tak?” kongsinyamenerusi Instagram Stories sebentar tadi.

Tambah pelakon drama Kamar Kamariah, dia merasakan bayangan yang dilihat itu adalah pencuri.

“Macam nampak tadi ada bayang hitam kat luar. Macam besar. Dia pakai baju warna hitam. Saya tak tahu hanya nampak bayang.

“Takkan pencuri? Saya rasa pencuri. Weh macam mana ni weh?

“Weh saya takut gila. Saya takut,” katanya sambil nangis teresak-esak.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*