Akhirnya Lelaki Yang Menjadi Punca Kenaikkan Positif C0VlD19 Didenda. Adakah Jumlah Denda Itu Berbaloi

Sebelum ini, pihak KKM telah memberikan angka terbaru pesakit yang dijangkiti oleh cov19. Dimana terdapat 10 orang pertambahan kes baru melibatkan penularan tempatan dengan beberapa kes melibatkan kluster dari Sivagangga.

Pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, dijatuhkan hukuman denda RM12,000 dan penjara lima bulan di Mahkamah Majistret Alor Setar selepas didapati bersalah ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lalu.

Tertuduh, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun.

Pemilik kedai itu terbabit dengan kluster Sivagangga.Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes positif Covid-19 bagi kluster Sivagangga kekal 45 kes.

Sebelum ini pihak KKM ada meluahkan rasa kebimbangan mereka terhadap klusterSivagangga yang telah bermula di KEdah ada kaitan dengan genom cov19 yang telah dikenal pasti sebagai perebak utama (super spreader) di negara Pakistan dan Mesir.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa pihaknya mendapati kluster tersebut yang telah dikesan oleh KKM daripada pemilik sebuah kedai nasi kandar di Jitra, tersebar sangat cepat berbanding kluster yang lain.

“Apa yang dapat kita lihat pada hari ini, KlusterSivagangga ini sudah pun merebak dengan sangat cepat sekali jika dibandingkan dengan 9 kluster di Sarawak dan sebagainya”jelasnya lagi.

“Kajian sedang dijalankan sama ada kita sedang menghadapi satu kluster iaitu genome 614, iaitu kluster super spreader. Super spreader ini dikatakan telah dimaklumkan kepada kementerian iaitu dari Mesir dan juga dari Pakistan.

Komen Netizen

Sumber : HMetro

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Akhirnya Lelaki Yang Menjadi Punca Kenaikkan Positif C0VlD19 Didenda. Adakah Jumlah Denda Itu Berbaloi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*