Yusuf Azmi Terkejut Dengan Kenyataan Asri Janggut Tentang Tuduhan Anggota Polis Tidak Solat. Ini Kata Kata Yusuf Azmi Kepada Asri

“Tiada yang ganggu. Saya serah 100 peratus kepada Allah.”

Demikian kata pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, berikutan pendedahan menerusi videonya yang menimbulkan kontroversi sejak dua hari lalu.

Katanya beliau sendiri tidak menyangka pendedahannya itu akan menarik perhatian umum kerana hanya berkongsi masalah sebenar di kawasan berkenaan.

Siaran langsung itu diadakan selama hampir sejam bermula jam 12.30 tengah hari dan turut dihadiri ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Mohd Asri berkata, apa yang membuatkannya terkilan ialah apabila premis judi masih terus beroperasi walaupun selepas aduan dibuat kepada polis.

“Saya terkilan kerana sudah membuat aduan di Bahagian Perjudian (dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menerusi panggilan telefon meminta polis datang dan periksa pusat judi bebas dibuka.

“Apabila buat aduan, tutup dua hari kemudian ‘on’ balik (dibuka semula).

Saya pergi pula hantar aduan kepada jabatan integriti tetapi tidak jalan (tiada tindakan).

Sebaliknya ada sindiket pula yang berjumpa budak saya (kakitangan) dan bertanya kenapa saya mengganggu perniagaan mereka.

“Kiranya, aduan itu sudah dibuat sejak tiga bulan lalu tetapi keadaan masih sama tetapi tidak sangka pula jadi begini (kontroversi),”katanya.

Bagaimanapun, Asri meminta orang untuk berhenti mengecam pihak polis sebaliknya mengajak semua bersama-sama membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan perjudian atau aktiviti lain yang tidak bermoral.

Yusof Azmi Mohon Asri Janggut Perbetulkan Kenyataan – Polis, Tentera Tidak Solat

Ini Punca Sebenar Yusuf Azmi Mahu Keluar Dari PPIM

Assalamualaikum kepada Pengguna di Malaysia..

Kenyataan yang mengelirukan oleh Saudara Asri ..

Harap Saudara Asri perlu perjelaskan tentang tuduhan ke atas Semua Pasukan Polis dan Angkatan Tentera Malaysia..

Saya bersimpati pada saudara Asri di atas apa yang berlaku kepada beliau..

Dan menyokong beliau pada permulaan.. Saya harap kenyataan beliau adalah disebabkan terlalu teruja dan membuatkan beliau tersasul..

Kita tidak mahu menyimbah api.. Kita cuba letakkan air untuk diredakan..

Tetapi pada masa yang sama saya juga memikirkan maruah PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia..

Saya juga dari keluarga Polis.. Dan terkesan dengan tuduhan sebegitu..

Dah tengok video penuh, dia sebut, kena ubah cara pengambilan anggota, ambik budak tahfiz etc sebab dia kata ramai polis tentera tak solat.

Dan video temubual dengan BERNAMA tu SEBELUM jumpa KP dan Menteri KDN, mungkin dia masih marah.

Mungkin juga kecewa dan cuak sebab polis buat report terhadap dia sebaliknya ambil tindakan pada aktiviti perjudian tu.

Apapun tak setuju dengan tindakan pemukalan beliau terhadap anggota sebab saya kenal ramai anggota dan ahli keluarga mereka yang jaga solat dan mengamalkan cara hidup Islam yang sempurna.

Sumber : Citermaya (PajiSohor)

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*