Doktor Ini Bagi Pendapat Kenapa Pihak Berkuasa Patut Bertolak Ansur Sedikit Dengan Tangkapan Tak Pakai Facemask Dengan Betul

Ingat lagi tak kisah seorang pelajar yang dikompaun RM1000 kerana tidak memakai penutup mulut dan hidung dengan betul. Remaja tersebut menangis selepas disaman, munkin kerana dia buntu dimana hendak mencari duit sebanyak itu untuk membayar saman.

Remaja tersebut disaman bukan kerana tidak memakai langsung atau ingkar arahan dan remaja tersebut bukan berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai cuma dia disaman kerana penutup muka dipakai di bawah hidung yakni di dagu. Alasan remaja lelaki tersebut adalah kerana tidak selesa dan turunkan sekejap tetapi rayuan dia tidak diendahkan dan tetapi dia dikompaun RM1000.

Perkara kompaun penutup muka telah menjadi isu hangat sejak perkara tersebut diwajibkan oleh kerajaan. Seorang doktor yang bernama Dr Zubaidi Hj Ahmad di Facebook telah mengeluarkan satu pendapat mengenai ini dan rata rata netizen menyokong pendapat doktor tersebut.

Kenyataan doktor tersebut telah mendapat tanda suka sebanyak 21 ribu dan jumlah perkongsian mencecah hampir 8000. Jom baca..

Penguatkuasa Patut Ada Sedikit Toleransi

Remaja lelaki menangis kena saman sebab letak mask bawah dagu ...

Kalau mask sangkut kat dagu tu tak payahlah saman. Bagilah teguran. Bagi amaran. Mungkin dia tak selesa pakai mask pada waktu yang lama. Terutama yang ada masalah Anxiety Disorder atau masalah pernafasan.

Dia bukannya tak nak pakai mask. Dia pakai, cuma rasa tak selesa dan mahu londehkan sekejap.

Masa kerja hospital dulu, saya pakai 4 jam surgical mask dalam bilik bedah yang sejuk pun, dah rasa tak selesa. Inikan pula kalau tengah panas. Mungkin rasa sesak.

Lainlah kalau dia langsung tak ada mask kat muka. Itu pun kena tanya. Mungkin ada alasan yang boleh dipertimbangkan. Mungkin ada penyakit yang menghalang dia memakai mask.

Atau mungkin dia mmg nak lawan arahan MKN. Yang ini layak disaman.

Saman RM1000 tu banyak. Terutama anak muda yang tiada pekerjaan yang stabil. Bimbang rakyat marah, bukan sebab peraturan itu, tapi tiada sifat ihsan dan budibicara di kalangan penguatkuasa.

Mohon pertimbangkan kes demi kes. Saman begitu mungkin sesuai bagi mereka yang sengaja tidak mahu memakai mask.

Apa pendapat anda tentang kenyataan doktor tersebut? Ada logiknya bukan ..

Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad

Artikel Dari : AwatttSyeikhh Network

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*