
Hari ini kecoh di media sosial dimana saudara Asri Janggut iaitu pengasas kepada Hot Burger telah buat 2 kali permohonan maaf 1 dalam tulisan dan 1 dalam rakaman video. Ini semua kerana kekhilafan beliau terlepas cakap menuduh ada anggota polis dan tentera tidak menjaga solat.
Perkara ini mendapat pelbagai reaksi negatif dari pihak netizen kerana sebelum ini nama Asri Janggut diangkat seperti seorang hero tetapi kerana terlanjur kata tersebut nama beliau dikecam teruk oleh netizen malahan pihak polis Bukit Aman telah membuat laporan polis terhadap Asri Janggut berkenaan tuduhan tersebut.
Asri telah menjelaskan bahawa ianya terlanjur kata tetapi rasanya perkara itu tidak akan berakhir dengan mudah terutama dengan netizen. Walaupun ada yang mengatakan Asri tidak ‘pukul rata’ semua anggota polis dan tentera ianya tetap tidak jadikan ianya betul kerana ibadah seseorang itu kita mana tahu.
“Saya Dengan Ingin Memohon Maaf Kepada Semua Pihak” – Imam Muda Asyraf Mohon Maaf
Kalau disebut namanya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan mungkin ramai yang tidak mengenali nama tersebut, tetapi jika dipanggil Imam Muda Asyraf lebih ramai yang mengenalinya.
Dalam kehidupan seharian, bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang, apatah lagi melalui tutur kata yang diutarakan. Itulah yang cuba disampaikan oleh Imam Muda Asyraf pada satu entri di Instagram miliknya.
“Pepatah Melayu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Tak dapat kita nafikan, betapa pentingnya menyelit perkataan “segelintir’, ‘sebahagian’, ‘tidak semua’, ‘sesetengah’, dalam ucapan yang kita tujukan kepada sesuatu kelompok.
“Walaupun tidak sekelumit pun di dalam hati kita berniat dan bermaksud menyamaratakan kesemuanya. Tetapi itulah permainan kata dan bahasa. Dengan bahasa dan kata, fokus isu boleh berubah,” tulis Asyraf.
Menurut Imam Muda Asyraf, dia melihat kepada perkara itu sebagai satu isu yang sedang hangat dibincangkan kini kerana Impak yang amat besar dalam kesalahan pemilihan kalimat.
“Tanpa melihat kepada mana-mana pihak. Hanya termenung seketika menilai diri sendiri yang sering berkata-kata. Saya dengan ini ingin memohon maaf kepada semua pihak seandainya pernah terlepas pandang dalam menyelit istilah ‘segelintir’ dalam mana-mana ceramah ataupun kuliah sehingga dirasakan ianya labelan pukul rata untuk semua pihak.
https://www.instagram.com/p/CDyL-QqA3vI/
“Orang yang banyak bercakap pasti banyak salahnya. Sekian,” tulis Asyraf lagi.
Mohammad Asyraf merupakan juara pertama program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu program Imam Muda melalui saluran Astro Oasis pada tahun 2010.
Posting Imam Muda Asyraf ini rata rata netizen mengatakan ada kena mengena dengan Asri Janggut. Apa yang terjadi selama beberapa hari ini haruslah dijadikan ikhtibar. Kekhilafan manusia akan sentiasa ada kerana ia lah kita hanya manusia yang lemah.
Rujukan : GEMPAK
Artikel By: AwatttSyeikhh Network
Leave a Reply