“Aku nak viralkan bengkel melayu ni biar semua org tahu apa yg aku alami sendiri”

Kalau cerita bab baiki kereta mesti ramai akan cerita perkara yang sedih contoh seperti hantar kereta baiki satu barang last kena ketuk dengan bengkel. Untuk kita jumpa satu bengkel yang boleh kita percaya betul betul amatlah susah.

Kisah saudara ini tentang bagaimana dia sendiri terkejut bila jumpa satu bengkel yang benar benar jujur. Apa yang terjadi pada dia sendiri pun tak sangka. Jom baca.

“Aku nak viralkan bengkel melayu ni biar semua org tahu apa yg aku alami sendiri, Semalam aku hantar kereta kat bengkel ni utk repair power window yg tak function. Bengkel ni nampak sebok sebab bnyk kete dan pomen tu ckp tk sempat siap sbb dah lewat.

Aku terpaksa tinggalkan kereta kat bengkel sbb power window dah turun tk mau naik. Takut kena banjir bila hujan turun terpaksa aku balik umah naik MYCAR.

HArini aku datang bengkel tengok diorang dah bg barai pintu kete aku. Pastu pasang balik siap semua pomen terus bg kunci kereta kat aku. Dah siap katanya. Aku tanya berapa kos?

MasyaAllah dia cakap, TAK PAYAH BAYAR. Takde apa yg rosak dan diganti, cuma wayar switch longgar dia pasang balik bg ketat jer.

Kalau kedai lain kompom kena PAW paling kurang 30-40 hengget sbb buang masa dia buat keje, upah parking satu malam dlm bengkel lg. Tolong la support bengkel org kita ni, masih ada ramai lg orang kita yg jujur diluar sana”

Ni lokasi bengkel yg sy maksudkan.

FZ Auto Pro Servis. 4, Jalan Utama 2/12, Taman Perindustrian Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor. 03-8068 5479

Kredit : Hamdan Abd Manan.

Artikel : AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "“Aku nak viralkan bengkel melayu ni biar semua org tahu apa yg aku alami sendiri”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*