Ammar Alfian Masih Tidak Mahu Ceraikan Isteri. Ini Kata Kata Pedas Ammar Yang Netizen Anggap Tuju Pada Isteri Dia

Pelakon Ammar Alfian memuat naik sebuah video nyanyian berbentuk sindiran di Instagram Story miliknya.

Video nyanyian lagu asal Hush Little Baby itu ditukar liriknya yang kedengaran seperti memberi amaran kepada seseorang untuk berhenti daripada terus mencari masalah dengannya.

Dalam video tersebut, pelakon filem Paskal itu menyifatkan individu berkenaan seperti anjing yang kuat menyalak.

“You have been telling lies. Don’t mess up with this big guy (Kamu asyik bercerita perkara yang tidak benar. Jangan cari pasal dengan saya),” kata Ammar.

Pada masa sama, Ammar memberi gambaran bahawa dia sedikit pun tidak terkesan dengan tindakan individu tersebut.

“Bi*ches bark loud, while lion, stay calm and be ready to pounce. Keep on barking..bi*ch (Bi*ches hanya kuat menyalak, tapi singa kekal┬átenang dan┬ábersedia untuk menerkam. Teruskan menyalak),” tulisnya.

Isteri Ammar Alfian tak diam diri, bongkar perbualan Whatsapp ...

Biarpun tidak menyebut nama mana-mana individu, namun, video tersebut dikatakan ditujukan buat isterinya, Nelissa Nezam yang kini menuntut perceraian daripadanya.

Bahkan, Ammar turut berkongsi beberapa paparan mesej yang diterima daripada pengikutnya yang memberikan respons terhadap video tersebut.

“Haha, lawak siot bro..bini kau dah kena setepek mulut longkang sangat. Elok diam sahaja. Dari dulu dok menyalak sahaja macam dia alim sangat. Salute kau bro diam je sekali bagi amek kau,” tulis salah seorang netizen.

“Berani dia nak burukkan kau. Dia lupa ke ko Ammar Alfian kot, sekarang hadaplah,” komen warganet lain.

Tindakan Ammar itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kenyataan isterinya kepada media berhubung masalah rumah tangga mereka.

Semalam, pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi proses pelantikan hakam selepas Ammar menolak permohonan cerai yang dibuat isterinya awal tahun ini.

Nelissa menyifatkan suaminya itu tidak mahu memberikan kerjasama selain cuba melengah-lengahkan proses perceraian tersebut.

Pasangan tersebut yang mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu dikurniakan seorang anak, Kyro Shakur.

Hubungan rumah tangga mereka mulai retak apabila Ammar didakwa menjalinkan hubungan sulit ketika isterinya sedang hamil enam bulan.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Ammar Alfian Masih Tidak Mahu Ceraikan Isteri. Ini Kata Kata Pedas Ammar Yang Netizen Anggap Tuju Pada Isteri Dia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*