YB Norhizam Umumkan Perletakkan Jawatan Hari Ini

Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Norhizam Hassan Baktee hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pengakap Negeri (MPN) Melaka berkuat kuasa serta-merta.

Turut mengumumkan peletakan jawatan ialah Timbalan Pengerusi MPN Melaka Muhammad Muhaimin Lau Abdullah, Setiausaha Kehormat MPN Melaka Azlan Mokhtar dan Bendahari Kehormat MPN Melaka Norman Burhan.

Norhizam Hassan Baktee Antara Penerima Darjah Kebesaran Negeri ...

Norhizam berkata mereka membuat keputusan itu selepas mendapati berlaku banyak masalah ketirisan dalam Pengurusan Beruniform Pengakap Negeri Melaka selain tidak bersetuju dengan tindakan dan keputusan pihak pengakap persekutuan.

“Masalah ini sudahpun dilaporkan kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Profesor Datuk Dr Mohd Zin Bidin di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia pada 27 Feb lepas dan antara ketirisan yang dilaporkan ialah baik pulih Kem Pengakap Negeri Melaka namun tiada apa-apa tindakan yang diambil.

“Selain itu, keputusan ini juga berikutan situasi memburuk-burukkan MPN Melaka kononnya tidak memberikan kerjasama dalam pengurusan Persekutuan Pengakap Negeri Melaka,” katanya pada sidang media di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Jangan ganggu kepimpinan Pengakap Melaka 2019-2020” – Norhizam ...

Beliau mendakwa tindakan itu telah menyebabkan kesukaran dalam pelaksanaan program pengakap di peringkat negeri selain mewujudkan perpecahan dan keretakan perhubungan antara pemimpin pengakap yang telah lama menyumbang tenaga dan kewangan.

“Masalah ini menggambarkan imej dan identiti pengakap Melaka yang tidak sihat serta menjadi contoh yang tidak baik untuk generasi akan datang selain menyebabkan hilang kepercayaan pemimpin, ibu bapa dan masyarakat terhadap badan beruniform pengakap Melaka,” katanya.

Norhizam, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu, dilantik menjadi Pengerusi MPN Melaka pada April tahun lepas.

Sumber : BERNAMA

Be the first to comment on "YB Norhizam Umumkan Perletakkan Jawatan Hari Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*