Opie Zami Sah Bercerai Dengan Isteri. Dia Ceritakan Apa Yang Terjadi Sepanjang 10 Tahun Ini

PELAKON dan pengarah, Opie Zami, 46, sah bercerai talak satu dengan isterinya, Zamzarina Mohamed, 43, selepas 17 tahun berkahwin di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, jam 10.47 pagi, hari ini.

Opie atau nama sebenarnya Mohamad Soupi Zami yang melafazkan perceraian itu di hadapan Hakim Syarie Ahmad Mahir Zanial mengakui reda dan memenuhi permintaan Zamzarina yang menuntut cerai.

“Saya hormat dengan permintaan isteri dan reda terhadap ketentuan ini. Isteri saya tak salah, saya yang gagal membentuknya menjadi isteri mithali.

“Isteri saya bagus dan seorang ibu yang baik. Bagaimanapun, punca perceraian terlalu peribadi untuk saya kongsikan,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah.

‘Saya gagal didik dia jadi isteri mithali’

OPIE ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini. FOTO Aizuddin Saad

Sementara itu, Zamzarina selaku plaintif yang diwakili peguam Azmanira Ismail@Zanudin mendedahkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Opie selaku defendan pada 16 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

“Kemelut rumah tangga kami sebenarnya sudah bermasalah sejak 10 tahun yang lalu. Ini bukan pertama kali saya pergi ke mahkamah.

“Sebenarnya sudah tiga kali saya turun naik mahkamah. Selepas ini, saya akan uruskan hak penjagaan anak-anak dan tuntutan nafkah.

Manakala, Opie tidak diwakili mana-mana peguam.

Opie dan Zamzarina mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Shah Saidi, 15; Aliff Shah Syedi, 13; dan Arrif Shah Saidi, 8.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Opie Zami Sah Bercerai Dengan Isteri. Dia Ceritakan Apa Yang Terjadi Sepanjang 10 Tahun Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*