
KUALA LUMPUR: Asap debu daripada gunung ber4pi Sinabung di Sumatera, Indonesia, yang meletus pada jam 11.37 pagi tadi, dijangka memasuki ruang udara negara di utara Selat Melaka dan negeri di utara serta timur Semenanjung, bermula malam ini.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon, berkata asap debu itu antara lain akan memasuki ruang udara Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
“Keadaan ini (asap debu) boleh menjejaskan operasi penerbangan pada paras 1,500 hingga 5,000 meter,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia dijangka tidak menjejaskan kualiti udara negara.
Perkara itu adalah berdasarkan model trajektori HYSPLIT yang dijana MetMalaysia dan ramalan daripada Pusat Amaran Debu Gunung Berapi Serantau (VAAC) Darwin, Australia.
Selain itu, Jailan memaklumkan, tiada kesan g3mpa bumi dan tsvnami dijangka melanda negara akibat letvsan gun. ung berapi berkenaan.
Beliau berkata, keadaan semasa Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara juga menunjukkan kualiti udara yang biasa, iaitu pada kadar baik dan sederhana.
Namun, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan maklumat dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial. – BERNAMA
Sumber: Bharian Online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply