
GURU tuisyen wanita ditahan polis selepas disyaki cuba mencuri 21 pakaian di sebuah butik di pusat beli-belah di Bangsar, Kuala Lumpur semalam.
Cubaannya itu gagal selepas ia disedari pekerja butik berkenaan.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata, pihaknya menerima maklumat daripada penyelia butik berkenaan mengenai kejadian itu pada 6.30 petang.
“Ketika penyelia terbabit membuat pemantauan di butik itu, dia melihat suspek dalam keadaan mencurigakan dan dilihat mengisi beberapa pakaian ke dalam beg butik berkenaan.
“Suspek berusia 28 tahun itu kemudiannya dilihat keluar dari butik itu tanpa membuat pembayaran menyebabkan penggera di pintu keluar berbunyi.
Gaya Macam Berduit Tapi Mencuri
“Semasa pemeriksaan dilakukan, suspek gagal mengemukakan resit pembelian sebelum dia ditahan pihak pengurusan butik berkenaan bagi diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zairulnizam berkata, pihaknya turut merampas 21 pakaian dianggarkan bernilai RM4,310 yang cuba dicuri suspek terbabit untuk siasatan lanjut.
“Suspek direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan jenayah di daerah ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di talian 03-22979222 untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
BUkan seludup, tapi curi
maksud ‘Seludup’ – membawa masuk barangan ke dalam negara atau keluar negara dengan mengelakkan mambayar cukai kastam atau apa-apa bayaran yang wajib.
Curi – mengambil barang orang lain tanpa pengetahuan empunya tanpa inat membayar, mengembalikan atau memulangkan semula.