Nenek Pelakon Daler Yusuf Positif C0VlD19. Ini Kenyataan Sedih Daler Tentang Neneknya

PELAKON Daler Yusof memaklumkan neneknya yang menerima rawatan di sebuah hospital di Uzbekistan akibat dijangkiti Covid-19 kini berada dalam keadaan kritikal.

Menurut Daler atau nama sebenar Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 28, doktor memberitahu terdapat jangkitan pada bahagian paru-paru neneknya.

“Assalamualaikum semua, nenek Daler positif Covid-19 dan dia berada dalam keadaan kritikal di Uzbekistan.

“Dia sekarang ini dalam keadaan koma dan doktor cakap paru-paru nenek dalam keadaan teruk,” katanya menerusi Instagram pada Rabu.

Pelakon drama Encik Suami Mat Salih Celup ini turut berkongsi foto bersama wanita itu.

Memandangkan dia berada di Kuala Lumpur, Daler mengakui bimbang memikirkan keadaan kesihatan neneknya itu.

Justeru itu, dia memohon orang ramai mendoakan agar neneknya sembuh daripada jangkitan virus tersebut.

“Daler tak tahu nak buat macam mana… tolong doakan untuk nenek saya, please!,” ujarnya.

Sementara itu, rata-rata pengikut meninggalkan komen mendoakan supaya nenek Daler terus kuat melawan Covid-19 dan sihat seperti biasa.

Hasil semakan di laman sesawang Worldmeters, seramai 27,300 orang telah dijangkiti Covid-19 di negara berkenaan.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Nenek Pelakon Daler Yusuf Positif C0VlD19. Ini Kenyataan Sedih Daler Tentang Neneknya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*