Gadis Pakai Gelang ‘Kuarantin’ Pink. Ibu Gadis Ini Terpaksa Tampil Jelaskan Situasi Sebenar

Selepas tular foto seorang wanita memakai gelang pink di sebuah restoran di Ipoh, seorang ibu tampil menjelaskan situasi sebenar.

Menerusi paparan skrin Whatsapp yang tular di media sosial, wanita tersebut mengakui foto tular tersebut adalah anaknya dan mengakui gelang tersebut adalah daripada sebuah taman tema.

Menurut wanita berkenaan anaknya memakai gelang tema tersebut selepas pulang daripada taman tema dikunjungi dan singgah di sebuah restoran untuk menjamu selera.

IBU BUAT PENJELASAN

Pelanggan kedai mamak tular pakai 'gelang pink' bukan PUS: Polis ...

“Ye anak saya, kami pergi ke Lost World Tambun semalam. Balik makan di Pelita,” katanya.

Sementara itu menerusi laporan Astro Awani, satu laporan polis dibuat oleh pemilik sebuah restoran yang dikaitkan dengan penularan gambar seorang wanita memakai gelang berwarna merah jambu di Ipoh.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.

Dalam laporan polis itu, pengadu yang juga dipercayai pemilik kedai mendakwa telah mendapat gambar wanita yang tular dalam aplikasi WhatsApp pada jam 5 petang Selasa.

Setelah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pengadu mendapati gelang tersebut merupakan gelang masuk ke salah sebuah taman tema air di Ipoh dan bukan seperti yang didakwa.

Susulan itu, pemilik restoran terbabit menafikan berita yang tular dikaitkan dengan gambar terbabit dan meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya.

Sumber : GEMPAK

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*