
Pencetus Ummah (PU) Abu dikecam wargamaya gara-gara menunjukkan caranya menidurkan anak-anaknya di dalam kereta.
PU Abu dikecam kerana caranya menidurkan anak yang duduk di pangkunya di tempat duduk pemandu sambil memandu adalah sangat bahaya meskipun ambil masa 5 minit.
“Antara cara-cara aku nak tidur atau diamkan anak-anak aku (Adam dan Mateen) kecuali aisyah adalah dengan pangkukan mereka dekat tempat pemandu.
“Contohnya macam dalam gambar. Tapi aku akan berhentikan kereta di mana-mana dululah.
“Biasanya tak lama 5 ke 10 minit mereka akan tidur then aku letaklah kat car seat.Mudahkan?,” katanya.
PU Abu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
https://www.instagram.com/p/CDX5yY1pSfk/?utm_source=ig_embed
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto anaknya yang tertidur di tempat duduk pemandu ketika kereta sedang bergerak.
Cara tersebut dikecam oleh beberapa pengikutnya yang merasakan ia amat bahaya.
“Dalam 5 hingga 10 minit tu boleh jadi accident dan anak boleh tercampak di luar kereta. Jangan sebab nak senang tidur tapi keselematan anak tidak dihiraukan,” nasihat seorang wargamaya
“Ini kereta sedang bergerak kan? Driver nampak dekat sangat,” komen netizen
PU Abu mempunya dua orang cahaya mata dari dua orang bekas isterinya Ain ‘Afini ( Muhamad Adam Aysar ) dan Hana Azra (Muhammad Uwais Al-Mateen).
Sumber : GEMPAK
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply