Suami Dia Dikatakan Salah Seorang Dari ‘Kluster Sivagangga’. Isteri Tampil Luahkan Rasa Terkilan

Gara-gara seorang lelaki yang tidak mematuhi arahan kuarantin, seramai 313 individu diminta menjalani ujian saringan Cov19.

Individu bermastautin tetap di Jitra, Kedah itu merupakan pemilik restoran Nasi Kandar dan didakwa berada di restoran milikinya dengan memakai gelang pink Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebagai salah seorang kontak rapat, Noraini Mukhtar menepis dakwaan suami positif Cov-19 seperti yang viral di Whatsapp.

Menurutnya, suami adalah kontak rapat kerana pernah berurus niaga dengan pekerja kedai itu. Disebabkan itu, suaminya diminta menjalani ujian saringan dan telah disahkan negatif.

Kami dan Covid

Assalamualaikum. Tiba-tiba rasa nak buat coretan sikit. Bukannya apa, sebab rasa terkesan dengan apa yang jadi.

Pada 28/7/2020 (Selasa), jam 5.00 petang lebih dapat call dari husband, katanya pejabat kesihatan call dia untuk jalani saringan covid berkaitan kes kluster Sivagangga. Allah… macam kena sakit jantung, dah kenapa.

Tanya husband, ‘Abang pergi makan kat kedai dia ka?’. Husband cakap, ‘Ehh, dak aih, tak pernah pergi pun’.

Tanya lagi, ‘Dah tu pasaipa kena saring?’. Husband cakap, ‘Depa kata (merujuk pada yang call dia tadi) ada contact dengan nasi kandar tu sebab mangsa dan pekerja mai beli barang kat situ, tempat kerja husband. Pula dah, mulalah tak boleh duduk diam, call member yang kebetulan adik dia kerja sama dengan husband.

Aku: Wei, dapat call dak? Dari pejabat kesihatan?

Dia: Dak pun. Awat?

Aku: Explain panjang lebar dengan penuh ketakutan dan kesedihan bersarang di hati.

Dia: Satgi aku call adik aku tanya. Wei, dapat juga call tu. Kena pergi juga.

Tak pernah pergi makan pun

Susah hatilah, takkan kot, tak pernah pergi makan, tapi jadi mangsa, mau tu cakap yang tak elok kat si tokey Nasi Kandar tu berjela.

Habis semua terkeluar, tak tapis sikit dah pon. Ya la, dari PKP pertama lagi kami sekeluarga tak penah langgar arahan. Tiba-tiba PKPP jadi macam ini. Siapa tak marah, rasa teraniaya. Atas nasihat seorang yang berada dalam bidang kejururawatan, member call Pn PPAK kami, cerita masalah ini.

Atas nasihat bos dan memikirkan tindakan awal langkah berjaga-jaga sebab melibatkan kanka-kanak kecil, kami tak dibenarkan ke tadika (tempat kerja). Okay, akur dengan arahan, aku pun cakap kat anak-anak, esok tak payah pergi sekolah.

Bagi abah settle dulu apa yang patut. Nasiblah esok last sekolah dah anak-anak pun. Call mak. Minta maaf tak jadi balik raya haji (walau dah planning bagai) sebab takut kesihatan mak. Mak pun dah tak berapa sihat.

29/7/2020 (Rabu), jam 9.00 pagi. Husband dah ada di tempat saringan, menunggu husband di saring macam ada batu besar di dada.

Tengah hari husband call cakap PPD call, suruh ambil anak di asrama sebab anak dah diasingkan. Sekali lagi, Ya Allah, tapi faham tindakan depa, langkah berjaga-jaga. Minta tolong abang ipar ambilkan sebab dah tak rasa nak keluar.

Dalam jam 2.00 petang, husband balik bawa surat. Dalam surat dinyatakan husband kena kuarantin diri sampai 2/8/2020. Pagi hari yang sama saya dan kawan-kawan dah diarahkan tutup premis Tadika sebabnya langkah awal berjaga-jaga. Memandangkan kes berada di dalam kawasan dan ada kakitangan yang terlibat (saya dan beberapa rakan yang ada dalam kawasan Napoh).

Betullah tu, kami berurusan dengan kanak-kanak kecil, sudah tentulah kebajikan mereka menjadi keutamaan kami.

Apa yang nak saya kongsikan di sini bermula arahan penutupan Tadika, tiba-tiba banyak pula berita lain yang sampai.

Dah viral sana sini suami cikgu Tadika Kampung Bemban dah positif. Whatsapp masuk bertalu-talu. Ingatkan disini saja, rupanya dah merebak 1 Malaysia. Kawan-kawan dah mula hantar kat saya kenyataan viral itu. Mula ingat biasa saja, tapi lama-lama dah jadi luar biasa yang cakap husband pergi makan situ.

Ada cerita husband pergi beli air kat situ, dah macam-macam versi cerita yang keluar. Mulalah saya dah kejang jari melayan setiap Whatsapp yang mask sebab nak betulkan keadaan. Petang tarikh yang sama saya pula yang dapat call dari Pejabat Kesihatan. Minta buat saringan esoknya. Sekali lagi rasa berat saja dada. Mana dengan Whatsapp yang dok jawab tak habis-habis lagi ni.

Bila sampai, ramainya orang

30/7/2020 (Khamis), jam 8.30 pagi. Saya drive seorang ke tempat saringan. Janji dengan seorang kawan yang juga kena macam saya sebab kes yang sama. Bila sampai, ramainya orang. Hebat sungguh penangan Sivagangga.

Petugas-petugas KKM dengan pakaian rasmi Covid, polis sudah ada di sana. Sesak rasa ramai sangat. Akhirnya seorang doktor buat announcement, hanya contact terdekat saja yang akan disaring iaitu orang yang pernah makan atau membeli makanan di kedai tersebut pada tarikh-tarikh yang dinyatakan dan orang yang dapat panggilan telefon dari Pejabat Kesihatan.

Termasuklah saya. Tapi contact terdekat, saya tak makan situ. Husband pun tak makan situ. Better tanya doktor dulu. Alhamdulillah, kebetulan doktor itu sepupu suami. Tak payah buat dia kata. Kami bukan contact dekat pun. Sebab ramai sangat. Takut kluster lain pula wujud, leganya rasa.

Lewat petang raya dia telefon. Cakap result negatif, kalau nak balik raya kena ambil surat untuk pelepasan kuarantin tapi disebabkan dalam surat Pejabat Kesihatan tarikh kuarantin berakhir 2/8/2020. Kami ikutkan saja, hari ini last tarikh itu, bila dah dapat bukti result saya pun Whatsapp Pn PPAK maklum, alhamdulillah.

Husband sah negatif

Husband dah sah negatif. Pada yang bertanya saya jelaskan, hanya saringan belum positif lagi. Pada yang tak bertanya macam-macam andaian dah buat, terpulang.

Harap lepas baca cerita panjang lebar ini, clear dah kot, yang sindir-sindir kata lebih kurang, dalam group Whatsapp saya dan suami, boleh dah hentikan, yang bercerita di kedai-kedai makan, tempat-tempat beli ikan ka, kedai-kedai barang ka, boleh dah mula berita yang betul pula. Yang tengok kami macam penjenayah pun, dah boleh mula senyum balik.

Terkesan juga dengan apa yang jadi, kes viral suami cikgu Tadika Kampung Bemban positif tak wujud.

Maaf andai luahan ni ada yang terasa hati. Bukan nak kata kat siapa-siapa. Cuma nak clearkan apa yang tak betul. Okay, lega dah boleh keluar semua. Moral of the story, bila dah pakai gelang pink, duduk rumah, jangan duk susahkan orang lain.

Sumber: Noraini Mukhtar via Oh Bulan

Be the first to comment on "Suami Dia Dikatakan Salah Seorang Dari ‘Kluster Sivagangga’. Isteri Tampil Luahkan Rasa Terkilan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*