‘Saya Rayu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Segera Campur Tangan’ – Syed Ali

Sebelum ini rakyat yang pulang dari luar negara akan diarahkan menjalani proses kuarantin selama 14 hari di rumah tetapi selepas beberapa individu yang ingkar dan tidak ambil peduli melanggar SOP tersebut kerajaan telah menetapkan tiada lagi proses kuarantin dirumah tetapi di pusat kuarantin yang telah ditetapkan dan kos tersebut harus dibayar oleh individu yang dikuarantin.

Tetapi tidak semua mampu untuk membayar kos kuarantin tersebut kerana ianya agak tinggi untuk sesetengah orang.  Pengguna Facebook bernama Minda Syed Ali Alhabshee telah mengeluarkan kenyataan tentang pelajar jurusan agama yang pulang dari Yaman dimana mereka tidak mampu untuk menanggung kos tersebut.

CAJ KUARANTIN KEATAS PELAJAR AGAMA DARI YAMAN : SAYA RAYU MUHYIDDIN SEGERA CAMPUR TANGAN!

1.SAYA merayu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar segera campurtangan mengatasi masalah caj kuarantin yang difahamkan dikenakan sebanyak RM1,890 keatas pelajar Malaysia yang baru pulang daripada Yaman pagi tadi ( Ahad).

2.Saya amat kesal kerana kesemua pelajar berkenaan ditempatkan seorang satu bilik di Hotel Impiana KLCC dengan caj bayaran RM1,890 sebilik.

3.Amat menyedihkan, selagi mereka gagal menjelaskan bayaran tersebut, mereka tidak akan diberikan bilik dan terpaksa berada di lobi hotel sehinggalah ada ibu bapa atau pihak keluarga datang menjelaskan bayaran tersebut.

4.Saya amat sedih mengapa pihak hotel berkenaan dan pihak yang bertanggungjawab ‘melayani’ pelajar tersebut seperti tidak ada sedikit pun rasa bertanggungjawab dan peri kemanusiaan.

5.Kerajaan sepatutnya lebih bertimbang rasa kerana kesemua lebih 100 orang itu adalah ‘pelajar agama’, bukannya ahli perniagaan atau pun pelancong ke luar negara.

6.Sebagai pelajar, mereka tidak mempunyai wang perbelanjaan yang mencukupi, apatah lagi untuk membayar bayaran yang kenakan sebaik kembali ke tanahair.

7.Sepatutnya kerajaan membantu dengan meringankan beban keawangan pelajar tersebut yang sebelum ini sudah cukup menderita terkandas di Yaman akibat COV -19, bukannya menambahkan lagi beban mereka.

8.Saya mempersoalkan kenapa pelajar yang susah itu ditempatkan di hotel mewah dan atas arahan siapa ?, mengapa mereka tidak di asrama atau pun menjalani kuarantin kendiri di rumah sesuai dengan status mereka sebagai pelajar agama.

9.Saya difahamkan, pelajar terbabit langsung tidak diberi peluang untuk menyuarakan masalah mereka, sebaliknya diarahkan memasuki bilik hotel dengan bayaran RM1,890 seorang, tidak boleh berkongsi bilik.

10.Saya menggesa agar kerajaan, khususnya Perdana Menteri campur tangan segera dalam hal ini demi kebajikan dan kesejahteraan pelajar berkenaan.

Sumber: Minda Syed Ali Alhabshee

Artikel By: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Salin Semula Tidak Dibenarkan Tanpa Kebenaran

Be the first to comment on "‘Saya Rayu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Segera Campur Tangan’ – Syed Ali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*