PKPD Akan Dijalankan, 7 Ribu Penduduk Pergerakkan Akan Disekat

Pengesanan kontak rapat secara aktif membabitkan kluster pesakit bawah siasatan (PUI) Sivagangga giat dilaksanakan di pejabat-pejabat kesihatan daerah (PKD) untuk mencegah penularan Covid-19 di Kedah yang didapati semakin meningkat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kementerian turut menjalankan aktiviti pembersihan dan nyah kuman di semua premis termasuklah sekolah yang terlibat dan rumah-rumah kes yang dikesan positif.

“Sebanyak 313 orang telah disaring sehingga pukul 12 tengah hari ini. Daripada jumlah itu, 20 kes dikesan positif, 280 negatif dan 13 kes masih me­nunggu keputusan ujian.

Malaysia di fasa pemulihan, kata Noor Hisham menjelang PKP4

“Daripada 20 kes yang dikesan positif, kesemua kes adalah aktif. Tiada kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan,” katanya dalam laporan harian perkembangan terkini Covid-19 di sini hari ini.

Kluster Sivagangga menular akibat jangkitan import selepas seorang pemilik kedai nasi kandar di Napoh yang juga pemastautin tetap pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai lalu.

Dia dilaporkan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan dengan tidak menjalani kuarantin di rumah sebaliknya ke premis perniagaan berkenaan sebelum penularan jangkitan di kawasan itu berlaku.

Tambah Noor Hisham, daripada kes positif yang dilapor­kan, sebanyak 15 kes adalah warganegara Malaysia dan lima kes adalah bukan warganegara.

“Sebanyak 11 kes positif dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan.

“Sebanyak lapan kes merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8,975 iaitu termasuk juga satu kes pelajar sekolah berumur tujuh tahun sementara kes-8,975 merupakan kes generasi pertama,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata Noor Hisham, sebanyak tiga kes me­rupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8,976 yang me­rupakan kes generasi pertama iaitu termasuk juga satu kes pelajar sekolah berumur 10 tahun.

“Kesemua kes telah dima­sukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan menerima rawatan,” ujarnya.

PKPD AKAN DIJALANKAN

Polis tahan 315 ingkar PKPP, 127 tak pakai pelitup muka

Hari ini pada sidang media Menteri Ismail Sabri, beliau memberitahu kerajaan negeri Kedah memohon agar PKPD secara pentadbiran dijalankan di beberapa tempat.

Menteri Ismail Sabri membuat kenyataan bahawa PKPD secara Pentadbiran akan dijalankan bermula dari 3hb Ogos sehingga 30hb Ogos.

Perlaksanaan PKPD akan menggunakan SOP yang sedia ada seperti sekatan jalan raya.

Seramai 7000 penduduk di kawasan akan disaring secara swab test.  Kawasan masjid dan rumah ibadat akan ditutup.

Sekolah dan pusat taska juga akan ditutup.

Sumber : Utusan Online

Artikel By: TOA

 

Be the first to comment on "PKPD Akan Dijalankan, 7 Ribu Penduduk Pergerakkan Akan Disekat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*