Rita Rudaini Bagi Pesanan Khas Kepada Bekas Suami Lufya. Memang ‘Pedas’ Pesanan Rita

elakon Rita Rudaini memberi peringatan kepada bekas suami Lufya Omar, Dr Che Hafiz untuk menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada anak perempuannya, Laana Haura.

Menurut Rita, dengan kecanggihan teknologi yang ada pada masa sekarang lebih memudahkan untuk melakukan.

“Dah ada akaun bank sendiri dah ka Haura? Lagi senang la daddy Haura nak bagi duit kat Haura.

“Hidup di zaman canggih moden ni macam-macam cara dan cabang nak bagi nafkah kat anak.

“Nak bagi dengan tak bagi ja. Tapi jangan la berdrama kata bagi sebenarnya hado,” tulisnya.

Tambah ibu tunggal kepada dua orang anak ini, tak salah untuk bergembira di luar tetapi kewajipan jangan diketepikan.

“Nak bergembira, bergembira la tapi jangan lupa bagi nafkah anak. Dapat pahala. Malu kat orang aih kerja doktor tapi bengap bab tanggungjawab.

“Tanggungjawab sebagai bapa ni tak perlu kena pi bayar masuk koleh belajar. Kalau rasa diri tu manusia, jadi la sebagai seorang manusia.

“Kalau tak reti tanggungjawab, jangan jadi manusia. Tukar la jadi tapir ka, tenuk ka, khinzir ka,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan namun bercerai pada tahun 2013.

Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Rita Rudaini Bagi Pesanan Khas Kepada Bekas Suami Lufya. Memang ‘Pedas’ Pesanan Rita"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*