Isu Gadis Curang Kerana RM20Ribu, Pihak Brosgang Teruk Dikecam. Ini Kenyataan ‘Berani’ Mereka Kepada Semua

Sebuah video seorang gadis kantoi curang dengan teman lelakinya selepas ditawarkan RM20,000 tular di media sosial.

Bros Gang TV telah berpakat dengan lelaki yang dikenali dengan nama Akmal untuk melakukan eksperimen ‘Gold Digger Test’ bagi menguji kesetiaan gadis itu.

Malangnya, gadis terbabit lebih memilih wang ringgit dan bersetuju untuk menjadi kekasih kepada salah seorang anggota Bros Gang.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan tindakan Akmal yang ragu dengan hubungan percintaannya.

Malah, ada segelintir netizen yang menganggap kandungan video ini sangat melampau dan memilih untuk melaporkan supaya ditutup.

Walau bagaimanapun, gadis itu turut tidak terlepas menerima kecaman kerana tidak setia serta cepat terpedaya dengan kemewahan.

Video mereka (Bros Gang) teruk dikecam netizen kerana mereka telah memerangkap wanita tersebut. Ramai yang mengatakan tindakan patut diambil kepada Bros Gang.

RESPOND BROS GANG

Hilang Duit RM20,000 & Boyfriend, Gadis Ini Kantoi Tak Setia

Wakil dari Bros Gang telah tampil buat penjelasan mengenai video Gadis Curang RM20K tersebut.

Mereka memberitahu bahawa apa yang terjadi adalah kisah benar dan bukan lakonan. Mereka juga memberitahu mereka tidak takut untuk disaman kerana semua telah ditandangani kontrak oleh kedua belah pihak.

Mereka sempat memberi pesanan bahawa hargailah pasangan anda dan jangan mudah gelap mata.

Mereka memberitahu Erin (gadis 20k) telah memberikan kebenaran mereka untuk memuat naik video tersebut dan memberitahu apa yang telah terjadi memang curang.

PENJELASAN PENUH BROS GANG

VIDEO PENUH

Artikel By: TOA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Isu Gadis Curang Kerana RM20Ribu, Pihak Brosgang Teruk Dikecam. Ini Kenyataan ‘Berani’ Mereka Kepada Semua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*