‘Bangladesh AlJazeera’ Akhirnya Dijumpai. Rupanya Disini Dia Menyorok Selama Ini

LELAKI Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang diburu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan agensi terbabit, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, lelaki berusia 25 tahun terbabit ditahan pihaknya petang tadi.

Harian Metro difahamkan, Md Rayhan dikatakan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota bahagian risikan Ibu Pejabat JIM.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan JIM memohon bantuan orang ramai bagi mengesan Md Rayhan Kabir bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown dengan Md Rayhan Kabir dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

‘Saya nak Rayhan Kabir jelaskan apa maksud Pati dilayan seperti binatang’

MD Rayhan Kabir. FOTO Ihsan Imigresen.

“JIKA benar pihak berkuasa melayan pendatang asing tanpa izin (Pati) seperti binatang, sila tampil,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau mengulas berhubung seorang lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditemu bual agensi berita antarabangsa, Al Jazeera dalam laporan dokumentarinya.

Abdul Hamid berkata, pihaknya memberi jaminan keselamatan kepada individu berkenaan dan diminta tampil memberikan kerjasama kepada polis.

“Saya hanya ingin dia jelaskan apa yang dimaksudkan pihak berkuasa melayan Pati seperti binatang.

“Seelok-eloknya dia tampil dan usah menghilangkan diri. Polis sudah mencari di tempat tinggalnya dengan bantuan rakannya,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman

Sumber : Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "‘Bangladesh AlJazeera’ Akhirnya Dijumpai. Rupanya Disini Dia Menyorok Selama Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*