
Dua hari lalu, tular foto pelakon Izara Aishah dilihat bersolek cantik ketika sedang mengepam susu disamping bayinya, Irisa Alaia.
Foto tersebut dimuat naik sendiri Izara ke akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri terbabit, rata-rata memuji dan kagum dengan pelakon itu meskipun sudah bergerlar ibu namun tetap memunyai masa untuk bersolek dan cantik di rumah.
Malah, foto itu menjadi tular di laman Facebook apabila ada seorang netizen berpendapat Izara beruntung kerana mempunyai suami yang berada dan boleh memberi kesenangan dan keselesaan buatnya sehingga sempat bersolek meskipun mempunyai anak kecil.
Bagaimanapun, Izara tampil membalas komen seorang pengikut Instagram yang memujinya cantik meskipun berada di rumah.
“Cantiknya walapun awak di rumah,” komennya
IZARA TAMPIL BUAT PENJELASAN TENTANG SITUASI SEBENAR
Izara membalas, “Taklah, dalam media sosial je”.
Namun, seorang lagi pengikutnya mendedahkan status Izara di Twitter yang memberitahu sebenarnya dia bersolek kerana mahu melakukan IG Live namun tiba-tiba tidak jadi.
“Make up untuk buat live di Instagram, tiba-tiba malas” tulis Izara.
Izara telah mendirikan rumah tangga bersama anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid pada 17 November 2017 dan menimang cahaya mata pada 15 April lalu.
Sumber : GEMPAK
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply