Bantuan Sara Hidup Fasa Ketiga Hari Jumaat Ini Masuk Tetapi Pada Yang Fasa Pertama Dan Kedua Tak Dapat Macam Mana. Ini Jawapan MOF

PEMBAYARAN Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 fasa ketiga akan dilaksanakan mulai Jumaat ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembayaran itu akan dibuat berdasarkan kategori merangkumi bilangan anak tanggungan dan baki nilai BSH 2020 yang akan diterima.

Ia membabitkan peruntukan berjumlah RM3 bilion yang memanfaatkan hampir 4.28 juta penerima merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta individu bujang berusia antara 40 hingga 59 tahun.

Katanya, kadar BSH yang akan diterima juga mengambil kira 3.8 juta anak penerima BSH berusia 18 tahun ke bawah.

“Penerima kategori isi rumah akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan maksimum empat orang anak.

“Sebagai contoh sekiranya Encik Ali berpendapatan di bawah RM2,000 dan mempunyai empat anak yang layak, beliau akan menerima RM1,580 merangkumi pembayaran sebanyak RM300 pada fasa pertama (Januari), RM200 pada fasa kedua (Mac) dan RM1,080 pada fasa ketiga (Julai).

“Bayaran BSH ini adalah lebih bersasar kerana turut mengambil kira bilangan anak yang layak dalam setiap keluarga,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, katanya, pembayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember.

FASA PERTAMA DAN KEDUA AKAN DIBAYAR SEKALIGUS

Pembayaran BSH fasa ketiga bermula Jumaat | Harian Metro

Kenyataan turut memaklumkan bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran pada fasa pertama dan kedua pula akan dibayar secara sekali gus dalam pembayaran fasa ketiga mengikut nilai kelayakan.

Dalam pada itu, permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 7 Ogos sehingga 6 September depan.

“Sebahagian daripada mereka yang ditolak permohonannya masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDN,” katanya.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir di cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "Bantuan Sara Hidup Fasa Ketiga Hari Jumaat Ini Masuk Tetapi Pada Yang Fasa Pertama Dan Kedua Tak Dapat Macam Mana. Ini Jawapan MOF"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*