Tular Rakaman Suara Lelaki Beritahu Ibu Pelajarnya P0sitif C0V19. Ini Kenyataan Dari Jabatan Kesihatan

Gambar diatas bukan sekolah sebenar (sekadar hiasan)

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Kota Tinggi, terjejas wabak COV-19, seperti tular di media sosial sejak tengah hari tadi.

Pengarahnya, Dr Aman Rabu, berkata buat masa ini sekolah berkenaan tidak terbabit dalam penularan wabak itu hasil saringan yang dilakukan terhadap beberapa pelajarnya.

“Secara ringkasnya, seorang suri rumah berusia 56 tahun di Kota Tinggi disaring untuk wabak COVI-19 sebagai saringan sebelum pembedahan dijalankan ke atasnya.

“Hasil saringan dibuat mendapati suri rumah itu positif COV-19 menerusi ujian yang dilakukan secara Rapid Test Kit (RPK).

“Siasatan lanjut kontak rapat suri rumah itu dilakukan sebelum mendapati terdapat 10 pelajar Tingkatan Lima (termasuk anak wanita berkenaan) hadir pada sesi belajar secara berkumpulan di rumahnya.

“Bagaimanapun, saringan terhadap kesemua 10 pelajar berkenaan didapati negatif COV-19,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tengah hari tadi, klip rakaman audio seorang lelaki tular di media sosial yang mendakwa bimbang terhadap kemungkinan sebuah SMK terjejas akibat COVID-19 berikutan ibu seorang pelajarnya disahkan positif wabak itu.

Rakaman klip suara berdurasi tiga minit dan 15 saat itu juga menimbulkan kerisauan penduduk Kota Tinggi yang mahukan pengesahan pihak berkuasa terhadap dakwaan berkenaan.

Mengulas lanjut, Dr Aman berkata, buat masa ini sekolah terbabit tidak terjejas akibat penularan wabak itu.

“Kesemua 10 pelajar itu sudah diarah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*