Hawa Rizwana Beritahu Jarak Paling Jauh Dia Pernah Berbasikal Dan Ketika Itu Bersama Zizan Razak

Pengacara cantik Hawa Rizwana Redzuan mengakui telah menyimpan hasrat untuk menyertai aktiviti mengayuh basikal sejak dua tahun lepas.

Kata Hawa, ketika mula menceburkan diri dalam sukan berbasikal dia terpaksa meminjam basikal daripada kenalannya sebelum membelinya sendiri.

“Saya mula kayuh sejak Julai tahun lalu dan ketika itu cuma mampu pinjam basikal kawan-kawan saja.

“Sebulan pun sekali saja dapat kayuh. Kemudian apabila sudah ada basikal sendiri sejak Januari lalu barulah dapat berbasikal setiap hujung minggu.

“Nak aktif sangat pun tak boleh sebab sibuk dengan kerja dan kuliah,” katanya kepada Gempak.

Justeru, Hawa membeli mesin latihannya sendiri di rumahnya untuk berlatih sekurang-kurangnya 40KM sehari.

JARAK PALING JAUH KETIKA BERSAMA ZIZAN, DATO SITI NURHALIZA DAN DATO K

Hawa Rizwana Pernah Jatuh Basikal, Kayuh Paling Jauh 70KM

Sepanjang menyertai aktiviti kayuhan basikal bersama kumpulannya yang adakalanya disertai Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Jiwa dan Zizan Razak, jarak terjauh pernah dicatatkan ialah 70KM.

“Ketika itu kami mengayuh dari Putrajaya ke KLIA dan itu jarak paling jauh pernah dicatatkan.

“Biasanya saya akan mula mengayuh basikal seawal 6.30 pagi bagi mengelakkan terik matahari dan kalau nak cerita cabaran, awal-awal dahulu pernah cedera kerana terjatuh.

“Ketika itu saya tak pandai nak kawal basikal. Jadi, sekarang lebih berhati-hati,” tambahnya.

Selain Hawa, hobi berbasikal menjadi kegilaan ramai artis sekarang antaranya Hanez Suraya, Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Hawa Rizwana Beritahu Jarak Paling Jauh Dia Pernah Berbasikal Dan Ketika Itu Bersama Zizan Razak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*