DG Noor Hisham Luahkan Rasa Bimbang Dan Kecewa Tentang Apa Yang Berlaku Sekarang

Kemampuan Malaysia untuk mencapai angka sifar kes baru Covid-19 pada pertengahan Julai seperti disasarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah masih tiada ‘bayangan’ lagi.

Justeru, beliau sering mengingati orang ramai yang masih mempunyai tanggungjawab bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

4 kluster baharu dikesan

DR Noor Hisham Abdullah. FOTO Bernama

EMPAT kluster baharu Covid-19 dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membabitkan Kluster pesakit dalam siasatan (PUI) Pitakwa, Kluster PUI Shirala, Kluster Pusat Perubatan Kuching dan Kluster Jupiter.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi Kluster PUI Pitakwa, kes indeks kluster itu adalah seorang warga negara Malaysia (iaitu kes ke-8,737) yang pulang ke Malaysia dari Nigeria pada 11 Julai 2020.

Menurutnya, saringan Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didapati negatif namun tiga hari selepas ketibaan di Malaysia beliau perlu menjalani ujian ulangan bagi Covid-19 kerana mula mengalami gejala yang lebih teruk yang mana beliau dikesan positif serta dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu.

Menurutnya, susulan itu, 44 kontak rapat dikenal pasti dan disaring terutama dalam kalangan ahli keluarga, penumpang dan krew kapal terbang, pemandu teksi serta rakan sekerja.

LUAHAN DG NOOR HISHAM

“Kejayaan melahirkan rasa puas dan kepuasan menghasilkan kegagalan,” tulis beliau di laman Facebook rasmi miliknya semalam.
Menerusi posting tersebut, beliau memuat naik carta taburan kes Covid-19 mengikut daerah di Malaysia dari 5 Julai hingga 18 Julai.

“Kebimbangan terbesar adalah apabila kita tidak lagi berhati-hati. Tolong terus patuhi SOP seperti yang saya selalu ingatkan di setiap peluang yang saya ada.
“Tanggung jawab sekarang berada di tangan rakyat Malaysia bagi menghentikan penularan wabak pandemik tersebut,” katanya.

Adakah kita sudah menang? Masih belum, jangan sia siakan perjuangan barisan hadapan kita sebelum ini hanya kerana kita pentingkan diri sendiri dan lupa semua SOP. Apa yang berlaku sebelum ini tidak mustahil boleh berlaku lagi dan waktu itu menyesal pun tiada guna lagi. Semua salah sendiri.

Renung renungkan lah ..

Kredit: OMM / FB Noor Hisham Abdullah / HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "DG Noor Hisham Luahkan Rasa Bimbang Dan Kecewa Tentang Apa Yang Berlaku Sekarang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*