Aaron Aziz Kena ‘Sound’ Dengan Isteri Kerana Muatnaik Sekeping Gambar

Jika ada yang tidak begitu mengenali Datuk Aaron Aziz, dia sebenarnya agak kelakar orangnya. Apa lagi kalau bergurau senda di media sosial.

Terbaru, Aaron memuat naik sekeping gambar yang agak meloyakan di akaun Instagram miliknya itu. Gambar asam pedas yang termasuk cicak membuatkan ramai yang rasa ingin muntah.

“Gambar dari FB Ketum GAming. Siapa yang tak ada idea nak masak apa boleh cuba lauk asam pedas cicak,” seloroh Aaron di entri tersebut.

“Gambar dari FB Ketum Gaming…siapa yg takde idea nak masak apa boleh cuba lauk asam pedas cicak.” – Aaron Aziz

KENA TEGUR DENGAN ISTERI

Sememangnya entri tersebut mengundang pelbagai komen daripada warga maya termasuk isterinya, Datin Diyana Halik.

“Why you post this one!” komen Diyana sambil meletakkan emoticon menangis dan termuntah.

Ramai lagi warga maya yang memberikan komen yang hampir serupa dan ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri apabila cicak jatuh ke dalam masakan mereka.

HANYA KERANA CICAK SEEKOR

Untuk rekod, Datuk Aaron Aziz berkahwin dengan Datin Diyana Halik pada tahun 2003 dan pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

Berasal daripada Singapura, Aaron mendapat taraf penduduk tetap Malaysia pada tahun 2012.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*