Bayi Baru Lahir Dijumpai Atas Bumbung. Bila Disiasat Ibu Kepada Bayi Tersebut Masih Bawah Umur

IPOH – Seorang bayi lelaki ditemukan masih hidup di bumbung sebuah rumah di Taman Seri Dermawan, Bercham,Ipoh semalam.

Bayi cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kurang 24 jam sebelum ditemui oleh orang awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, polis menerima maklumat awal daripada orang awam pada jam 12.35 tengah hari.

MASIH BERTALI PUSAT

“Polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan terdapat bayi masih bertali pusat dipercayai baru lahir dibvang atas bumbung rumah tersebut.

“Tindakan awal telah diambil dengan menghubungi pasukan perubatan dan bayi tersebut berjaya diselamatkan serta dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

IBU KEPADA BAYI BARU BERUMUR 16 TAHUN

Susulan penemuan itu, Anuar berkata, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dibawa bersama ke hospital terbabit.

“Remaja itu ditemui dalam keadaan berlumuran dar4h. Dia dibawa bersama-sama waris serta anggota pengiring ke HRPB bagi mendapatkan rawatan. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*