Tahniah Soloz Sudah Kahwin Tetapi Kenapa Ramai Lelaki Yang Kecewa. Ini Pendedahan Sebenar Kenapa Lelaki Menangis Soloz Berkahwin

Siapa kaki gaming pasti akan mengenali Soloz atau nama sebenarnya Mohd Faris Zakaria yang merupakan seorang pemain Mobile Legends yang sangat popular di Malaysia. Gamer yang baru berusia 26 tahun itu sering menjadi idola remaja-remaja sekarang kerana dia antara gamers yang terkaya di Malaysia kerana mampu membeli kereta jenama Mustang.

Terbaru, Soloz selamat mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya petang semalam di Kedah. Namun apa yang menghiburkan kami apabila ramai kaum lelaki yang sedih. Aik dah kenapa?

Selamat jadi suami orang

Video berdurasi 11 saat itu mendapat lebih 11k retweet yang rata-ratanya sebak apabila dapat tahu idola mereka sudah bernikah. Kebanyakan yang sedih semua kaki gamers dari kaum lelaki. Walaupun kedengaran aneh tapi itulah realiti.

Menerusi Youtube Daddyhood, majlis itu hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja memandangkan ianya secara tertutup. Majlis Persandingan mereka akan dilangsungkan di Selangor kelak. Tambahnya lagi, sebelum ini dia pernah berbual dengan Soloz mengenai perkara ini dan Soloz mengaku dia ‘kosong’ dan mencari sesuatu.

Soloz kena bahagikan masa

Kecewa hilangnya permata

Soloz kahwin tetapi lelaki kecewa?

Di Youtube, pengurus organisasi e-sukan popular, Team Bosskur Nureddy Nursal atau lebih dikenali sebagai Daddyhood turut melahirkan rasa hairan apabila mendapat pelbagai komen kecewa apabila Soloz kahwin. Apa yang menghiburkan apabila dia mendapat komen kecewa kebanyakan dari kaum lelaki. Aduh lucu pula tengok? Siapa lagi sedih?

Sumber : Twitter

Kredit: OH BULAN

Be the first to comment on "Tahniah Soloz Sudah Kahwin Tetapi Kenapa Ramai Lelaki Yang Kecewa. Ini Pendedahan Sebenar Kenapa Lelaki Menangis Soloz Berkahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*