Patut Mak Cakap Takut Duduk Sorang Dekat Rumah Lepas Arwaah Ayah Menlnggal. Meremang Bulu Roma Bila Tau Apa Terjadi

Kisah yang menyeramkan ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @puteranurarif yang mengisahkan gangguan yang dialami di rumahnya,terutama pada ibunya yang tinggal bersendirian.

Aku sampai sekarang tak dapat nak pastikan apa benda ni. Masa mak aku tidur dia ada dengar bunyi camera phone dia berbunyi lepas tu dia nampak phone dia menyala. Tapi sebabkan mengantuk dia tidur balik dan memang tak fikir apa apa.

Dalam seminggu dua lepas tu dia rasa tergerak hati nak check gallery. padahal phone tu dia tak guna pun untuk ambil gambar. ni la hasil dia. bila check tarikh rupanya masa tu mak aku duduk sorang kat rumah 16/6/2020. aku dengan adik beradik lain masing-masing duduk luar.

Patutlah mak aku takut duduk sorang kat rumah lepas arwah ayah aku meninggal. Banyak lagi gangguan tapi ni antara yang paling hardcore. Setakat bunyi pinggan pecah kat dapur malam hari tu dah biasa dah.

Mak aku tak ada telekung putih, semua telekung dia warna selain putih. kalau dia ada pun siapa yang pakai padahal dia sorang masa tu kat rumah. sekarang ni gangguan semakin menjadi-jadi sampai mak aku sanggup balik kampung dia kalau tak ada orang kat rumah.

Antara yg paling ngeri adik aku kena pocong tidur sebelah dia. terus demam berapa hari. sekarang dia dah pandai buka aircond, buka api dapur dan yang terbaru ni main camera phone mak aku. Kalau siapa yg tahu, yang ada ilmu pasal ni mintak tolong DM aku. Terima kasih banyak.

Sekarang ni aku ulang alik KL- Taiping sebab mak aku takkan berani duduk sorang-sorang dah kat rumah. Aku lupa nak bagitahu. Walaupun siang hari, mak aku tetap kena ganggu. 8, 9 pagi pun dia ganggu. Cuma tak seteruk macam malam.

Alhamdulillah dengan bantuan dari korang semua saya dah jumpa banyak orang-orang yang boleh berubat. terima kasih banyak. Kami akan cuba satu persatu. Sebab kalau cuba semua macam tak elok pulak kan. Terima kasih siapa yang DM saya bagi contact semua.

Terima kasih yang DM dengan komen. Saya akan cuba jawap semua. Sebab saya nak cuba semua cara. Terima kasih banyak-banyak ya. Tak sangka ramai yang membantu.

Kredit Gambar: @puteranurarif

Kredit Artikel : GEMPAK

Be the first to comment on "Patut Mak Cakap Takut Duduk Sorang Dekat Rumah Lepas Arwaah Ayah Menlnggal. Meremang Bulu Roma Bila Tau Apa Terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*