Ketika Ayah Ada, Seorang Pun Tidak Mahu Ambil Tahu. Selepas Ayah Sudah ‘Pergi’ Ini Yang Terjadi

Assalamualaikum. Aku penat dan itu yang aku boleh katakan. Ayah aku meninggal pertengahan tahun 2018. Ayah telah amanahkan aku untuk menguruskan harta pusakanya. Aku telah laksanakan dengan sebaik mungkin seperti yang ayah aku amanahkan. Tapi malangnya ada sikap tamak dalam kalangan anak yang tidak kenang budi.

Aku boleh kata macam tu sebab semasa hayatnya tak pernah hargai langsung ayah aku. Tak pernah peduli pun ayah aku. Sehingga naz4k pun tak datang ke hospital. Anak apa macam tu. Tapi bab harta mereka lah orang yang paling tamak tanya aku ada berapa duit ayah.

Oh sebelum aku terlupa ayah aku kahwin lebih dari satu. Kiranya Kami semua 7 beradik seibu sebapa. Si A dan Si B sebapa sahaja dan ibu yang berlainan. Ibu aku isteri yang ketiga tapi dengan ibu aku ni cerai ma-ti tapi dengan mak mak mereka ni cerai hidup. Sakit hati aku tengok perangai dah tua-tua tapi perangai tak matang langsung.

Masa ada tak kalut tapi bila ma-ti masyaallah kalut sampai nak bawak bincang pun tak nak. Aku pun dah habis sabar dan habis runding. Sakit hati yang tak boleh nak gambarkan macam mana. Sepatutnya sebagai anak ni cuba cari kebajikan dan saham untuk ayah di sana.

Tapi mereka tidak! Yang mereka tau berapa duit mereka yang akan mereka dapat. Itu sahaja.

Ayah aku semasa hayatnya kerja buruh kasar ja. Bukannya tinggal duit juta-juta. Tapi dah nama pun duit semua orang kelabu mata.

Dan part yang paling aku marah sangat-sangat dengan mereka ni tahap menjaja cerita. Buat kesian dekat mak saudara dan pak saudara aku konon2 kami ni nak bolot semua harta ayah aku. Dan yang paling aku pelik sekali boleh pulak mak dengan pak saudara aku percaya mereka ni. Sakit hati kan.

Tolonglah kalau aku nak bolot kenapa nama ko berdua aku masuk dalam borang permohonan faraid. Aku yang tamak atau korang? Ko tanggunglah melambat-lambatkan harta pusaka. Dulu aku tak percaya bab harta adik beradik bergaduh. Tapi bila dah terjadi dekat aku baru aku tau betapa sakitnya hati aku. Betul-betul sakit hati.

Aku akan jelaskan dengan lebih details kenapa ayah aku amanahkan aku untuk uruskan hartanya. Macam yang aku jelaskan sebelum ni diaorang tak pernah nak ambil tahu so macam mana ayah aku nak amanahkan diaorang dan kenapa plak aku perempuan yang uruskan.

Dalam kalangan kami semua perempuan kecuali abang aku yang OKU. So aku dalam keluarga aku anak sulung jadinya sebab itulah ayah aku amanahkan aku. So fahamkan.

Isu perceraian dikalangan mak mak mereka adalah disebabkan ibu mereka curang. Macam mana aku tahu semua ni? Of course la dari makcik dan pakcik aku. Jadinya jangan cakap ayah aku suka kahwin cerai kahwin cerai. Kenapa dengan mak aku boleh bertahan lebih 50 tahun.

Lagi satu part kasih sayang ni aku tak boleh nak cakap lebih sebab setahu aku mak mak mereka ni yang tidak benarkan ayah aku jumpa dengan anak-anaknya. Hasut anak anak dia bencikan ayah dia. Yang ni diakui sendiri oleh mereka.

Aku dah nyatakan sebelum ini, yang aku telah mohon faraid dipejabat pusaka. Aku telah adakan satu perjumpaan ahli waris termasuk mereka berdua.

Ohh lupa mereka berdua si A dan si B juga adalah perempuan. Aku dah jelaskan berapa semua harta ayah aku yang tak seberapa tu. Tapi salah seorang dari mereka tidak dapat hadir.

Jadinya dia cakap dia bersetuju atas perbincangan tersebut dan aku whatsup dokumen dan nyatakan apa yang telah dibincangkan untuk maklumannya.

Dalam perbincangan tersebut aku telah sampaikan amanah ayah aku yang mana dia berhajat untuk membina tahfiz diatas tanah yang diusahakanya. Jadinya semua bersetuju pada masa tersebut.

Selang beberapa bulan pejabat pusaka panggil untuk bicara. Tiba-tiba Si A ni cakap dia tak setuju dan tidak tahu apa-apa.

Si B pun join samalah tidak tahu apa2. Ko rasa? Geramkan. Bila dia tak setuju bermaksud kami tak boleh proceed apa yang ayah aku amanahkan. Takpa aku sabar lagi. Aku cakap Allah uji aku.

Akhirnya, kami adik beradik cakap kita faraidkan macam biasa. Kita punya bahagian kita buat tahfiz untuk ayah. Kalau diaorang tak nak biarkan sahaja. Aku nampak itulah jalan yang terbaik. Aku malas nak gaduh-gaduh. Tapi apa yang aku tahu mereka nak lebih dari itu. Sebab itulah berebut sangat. Bahagian perempuan kan tak banyak.

Aku penat bukan sebab uruskan harta ayah ni. Tapi aku penat layan karenah orang yang tidak matang. Hari ni cakap A esok cakap B. Orang kata, cakap tidak serupa bikin. Itu yang aku penat. Sekarang aku ambil pendekatan diam dan tunggu sijil faraid sahaja.

Doakan aku sebab belum habis lagi ni. Banyak lagi prosedur nak kena buat selepas ni. Aku takut aku jadi manusia paling tidak sabar. Aku takut sangat2. Aku ni sejenis yang susah nak marah tapi sekali marah aku takut habis dua orang tu.

Aku share cerita aku ni bukan nak canang satu dunia apa yang berlaku dekat family aku tapi lebih kepada perkongsian dan pengajaran kepada yang lain. Rancanglah harta sebaik yang mungkin. Rambut sama hitam tapi hati tidak semua sama. Dan aku juga suka salahkan diri aku.

Salah ke apa yang aku buat? Salah ke aku sampaikan amanah ayah aku tu? Adakah ini punca pergaduahan. Selalu sangat bermain difikiran aku ni. Aku mohon pembaca doakan aku kuat nak harungi semua dugaan ni. Semoga aku tabah. Semoga aku tenang hadap orang-orang yang gila harta. Apa nasihat yang terbaik aku boleh bagi dekat anak- anak yang tidak kenang budi itu?

Bantu la aku. Aku sangat perlukan motivasi untuk aku kuat hadapi benda ni. Nampak remeh tapi sebenarnya aku sampi tidak boleh tidur malam berhari-hari. Berat badan turun mendadak. Aku memang tension sangat. Emosi aku sangat terganggu. Terima kasih kepada semua sudi membaca dan aku perlukan kata-kata nasihat untuk aku kuat.

Be the first to comment on "Ketika Ayah Ada, Seorang Pun Tidak Mahu Ambil Tahu. Selepas Ayah Sudah ‘Pergi’ Ini Yang Terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*