
“SUDAH menjadi rutin harian saya memakai sarung tangan dan but keselamatan. Malah minyak hitam sudah saya anggap sebagai kawan baik,” kata Siti Nadia Abd Latiff, 20, yang berkecimpung dalam bidang automotif sejak lima tahun lalu.
Pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Juruteknik Automotif Tahap 1 dan 2 dari Kolej Vokasional Wakaf Tembesu Gong Badak, Terengganu itu tidak kekok bekerja di bengkel membaiki motosikal, lori dan kereta.
Anak keempat dari lima beradik itu berkata, keluarga tidak pernah memperlekehkan minatnya malah terus memberi sokongan sehingga kini.
DIA MEMANG TAK MINAT BEKERJA DALAM PEJABAT
“Adik beradik semua perempuan dan saya seorang saja dalam ahli keluarga yang memilih bekerja di bengkel.
“Saya tak minat kerja di pejabat, memakai baju formal dan kasut tinggi tidak seperti wanita lain di luar sana,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, kebanyakan pelanggan yang datang ke bengkel tidak percaya akan kebolehannya membaiki kenderaan.
“Saya sudah bekerja hampir tiga tahun di bengkel selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ramai pelanggan dan pengusaha bengkel mempertikai kebolehan saya.
“Saya tak peduli reaksi negatif itu yang penting rezeki halal demi menyara keluarga. Saya beranikan diri kerja di bengkel walaupun saya seorang saja pekerja perempuan,” katanya yang bekerja di sebuah bengkel di Paka, Terengganu.
SEBAB KENAPA DIA BERUSAHA UNTUK BERJAYA DALAM BIDANG AUTOMOTIF
Siti Nadia berkata, kem4tian ibunya akibat kemalangan jalan raya tiga tahun lalu mendorong dia kekal menceburi bidang automotif.
“Saya sentiasa ingat pesan arw4h, jika kita inginkan sesuatu jangan berpatah balik, terus capai ikut laluan yang betul sehingga berjaya.
“Kita perlu kuat semangat dan yang penting perlu puaskan diri sendiri dulu sebelum puaskan hati orang lain,” katanya.
Terdahulu, perkongsian gambar Siti Nadia bekerja di bengkel tular di Facebook (FB).
Sumber : HMETRO ONLINE
Leave a Reply