PU Syed Nak Jumpa Sajat Dan Safiey Dan Layanan Dia Beritahu Awal Awal Dia Bukan Macam Ebit Lew

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri menjemput dua jutawan kosmetik Safiey Illias dan Nur Sajat untuk bersemuka dengannya yang kini berada di Ipoh, Perak.

Menurut PU Syed, sepatutnya mereka berdua berjumpa dengannya tanpa diminta untuk membimbing mereka dalam Islam.

Malah PU Syed meminta supaya jangan disamakan dengan pendekatan Ebit Lew kepada Safiey sebelum ini kerana akui cara dakwah mereka berbeza.

MINTA SAFIEY DAN SAJAT DATANG

“Jangan Samakan Saya Dengan Ebit Lew Jika…”- PU Syed Ajak Safiey & Sajat Bersemuka

“Sila hadir ke Ipoh ya Encik Safiey, ajak sekali Encik Sajat. Bila sakit datanglah pada doktor bukan doktor datang kepada pesakit.

“Jangan samakan saya dengan Ustaz Ebit, jika dia yang datang secara lemah lembut pun, kamu dan best friend kamu masih tak insaf-insaf, biarlah yang agak garang ni nasihatkan kamu pula.

“Zaman Nabi ada watak Saidina Abu Bakr dan ada watak Saidina Umar kedua-duanya mempunyai identiti diri dan kaedah dakwah masing-masing dan keduanya adalah sahabat paling rapat disisi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

“Manakala urusan taufiq dan hidayah adalah milik Allah, kalian kerap sangat mempermainkan agama, dengan menyedari bahawa itu adalah dosa

“Sebut sahaja tarikhnya bila, waktunya bila, dan jemput hadir ke Matavbaidhi di Ipoh,” katanya.

PU Syed menjemput mereka menerusi akaun Instagram miliknya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan cara dakwahnya.

Sebelum ini, PU Syed menegur tindakan Safiey yang cuba menjadi wanita selepas kembali ke fitrah asal.

Sementara Sajat juga mendapat perhatian PU Syed apabila cuba menegur pakaiannya yang berbikini baru-baru ini.

KENYATAAN PENUH PU SYED

Di alu2kan. Jangan samakan ambe dgn Us Ebit, jika dia yg dtg secara lemah lembut pun, kamu dan best friend kamu masih tak insaf², biarlah yg agak garang ni nasihatkan kamu pula

Zaman Nabi ada watak Saidina Abu Bakr dan ada watak Saidina Umar kedua2nya mempunyai identiti diri dan kaedah dakwah masing² dan keduanya adalah sahabat paling rapat di sisi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

Manakala urusan taufiq dan hidayah adalah milik Allah, kalian kerap sangat mempermainkan agama, dengan menyedari bahawa itu adalah Dosa

Sebut sahaja tarikhnya bila, waktunya bila, dan jemput hadir ke MATAVBAIDHI di Ipoh. Hastag ambe adalah #AdeAmbeTakut Syed Bakri Al-Yahya

#BiarTahuJanganDokTahu

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "PU Syed Nak Jumpa Sajat Dan Safiey Dan Layanan Dia Beritahu Awal Awal Dia Bukan Macam Ebit Lew"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*