Suami Abby Abadi Luahkan Rasa ‘Kecewa’ Di Saat Mereka Menghampiri Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 5

BAKAL menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-5 pada Ogos depan, suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria meluahkan rasa cinta terhadap isterinya di laman Instagram.

Muhammad Faizal Zakaria atau lebih dikenali sebagai Jai berkata biarpun dia masih gagal menjadi seorang suami yang terbaik namun Abby sentiasa memberikan kasih sayang kepadanya tanpa jemu.

KECEWA KERANA GAGAL MENJADI SUAMI YANG TERBAIK BUAT ABBY ABADI

“Lima tahun kita membina mahligai ini sayang. Menangis disaat ini, kala jari jemari menitip kata-kata untukmu. Selama lima tahun ini la aku sentiasa bersyukur dengan nikmat dan amanah yang Allah berikan padaku.

“Kasi sayang yang tak pernah luntur. Sayang, lima tahun… maaf diri ini masih gagal menjadi suamimu yang terbaik. Diri ini masih terasa belum sempurna, malah masih banyak kekurangan. Maaf ya sayang.

“Namun, kau terlalu sempurna untukku. Sikap kasih sayangmu sentiasa menebal dalam dirimu. Kesabaranmu menghadapi liku-liku kehidupan tanpa keluhan. Kau tabah hadapi segalanya.

“Walaupun ada kalanya kau dihimpit keresahan namun itu tidak menudarkan kasih sayangmu pada diri ini. Sayang maafkan diri ini, atas segala kekurangan dan adakalanya membebankan hidupmu,” katanya.

Jai turut memuat naik video kenangan manis mereka bersama yang disuntingnya sendiri di laman sosial.

Ruang komen di perkongsian tersebut turut dipenuhi dengan doa netizen untuk pasangan itu sentiasa dilindungi Allah dan kekal bahagia hingga ke Jannah.

Pasangan itu berkahwin pada 14 Ogos 2015 dan dikurniakan seorang anak, Muhmammad Danial Firman yang dilahirkan secara pra-matang namun meninggal dunia selepas 70 hari dirawat di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh.

Bagaimanapun, mereka mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyad, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.

Dalam pada itu, Jai turut mengakui tidak dapat menahan air mata daripada mengalir ketika memikirkan dirinya tidak sempurna sebagai ketua keluarga.

“Aku menangis bila fikirkan diri ini yang serba kekurangan tapi kau masih menyayangi diri ini sepenuh hatimu… tidak ada sebarang keluhan dari mu. Kau tetap tersenyum manis,” ujarnya.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*