Ebit Lew Lawat Pakcik Jual Jagung Yang Tular Dikasari Penguatkuasa. Ini Rayuan Ebit Lew Kepada Pihak Majlis

Tular di media sosial apabila difahamkan apabila seorang pakcik yang ditegur diatas faktor tidak memiliki lesen perniagaan. Namun, terkini menerusi halaman FB Siti Norfadhilla iaitu anak kandung kepada lelaki yang tul4r tersebut bersuara dan cerita hal sebenar terutama dalam pemilikan lesen yang tidak berjaya.

Entri penuh Siti Norfadhilla menerusi halaman FB nya:

sajagempak.com - ‘Orang Tua Yang Kalian Kasari Itu Bapa Saya..Dia Cuma Mahu Cari Sesuap Nasi’ - Gadis Kecewa Layanan Terhadap Bapanya

“Assalamualaikum saya anak kandung kepada orang tua yang kalian kas4ri tu. Dia tu ayah saya . Saya mengaku memang dia deg1l dan kami pernah membuat permohonan lesen dll tapi tak diluluskan mungkin atas faktor lokasi atau lain2 .

Tapi ayah saya tiada pilihan lain dan tempat lain dan dia hanya boleh menjual jagung dan disahkan menghadapi Ret1nitis P1gment0sa yang mengg4ggu penglihatan ayah saya . Untuk pengetahuan kalian ayah saya mar4h dalam video ni sebab mereka datang tinggikan suara dan cakap “sampai bila ENGKAU nak berlakon but4 ?” Sedangkan ayah saya memang ada bukti surat doktor dan memang tidak dapat diub4ti .

Jagung inilah mata pencarian untuk kami , saya masih belajar dan belum bekerja berasa sangat kec3wa kerana belum mampu membantu ayah saya . Dia memang sangat tertekan kerana tidak nampak jalan keluar untuk mencari sumber pendapatan dengan keadaan mata yang macam tu . Kami ada 6 orang adik beradik dan 5 orang yang masih belajar termasuk saya .

Seandainya dah tamat belajar dan sudah bekerja , saya takkan biar ayah kami macam ni . Dia cuma ingin mencari sesuap nasi bukan mer0mpak . Saya sangat kec3wa dengan semua ni..”

sajagempak.com - ‘Orang Tua Yang Kalian Kasari Itu Bapa Saya..Dia Cuma Mahu Cari Sesuap Nasi’ - Gadis Kecewa Layanan Terhadap Bapanya

Siti Norfadhilla juga memberitahu dalam Facebook bahawa Ustaz Ebit Lew juga telah datang untuk melawat ayah beliau.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua . Alhamdulillah harini rumah saya dikunjungi Ustaz Ebit Lew . Terima kasih banyak atas keprihatinan yang Ustaz Dan krew tunjukkan kepada keluarga saya . Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan Ustaz” – Siti Norfadhilla

USTAZ EBIT LEW LAWAT PAKCIK JAGUNG

Sedih sangat rasa. Semalam tengok video pakcik ini tengah berniaga jagung. Pakcik rabun 90 peratus penglihatan tak nampak.

Cuma 10 peratus tinggal. Nampak bayang jer. Muka semua dah takleh nampak. Kasihan rasanya. Berniaga jagung disitu dah 5 tahun. Dari dulu ini jer kerjanya cuma di tempat lain. Anak semua masih sekolah. 5 masih belajar lagi. Semua rajin-rajin. 2 orang di universiti.

Ada anaknya yang cuti sekolah bawa food panda. Pakcik ni sehari dapat rm50 jika habis jagungnya. Dalam seminggu dah 3 kali semua jagung kena rampas. Yerlah berniaga disitu salah sebab tiada lesen. Tapi saya rasa kasihan padanya. Baik pakcik ni.

RAYUAN EBIT LEW PADA MPS

Saya tak salahkan sesiapa cuma terfikir macam mana nak bantu pakcik ini. Dengan rendah diri saya merayu MPS dapat membantu pakcik ini.

Segala pertolongan kepada pakcik ini saya dahulukan ucapan terima kasih. Rezeki dan ujian masing-masing. Kita sebagai saudara tugas membantu mereka. Saya hadiahkan rm1ribu dan tanya jika perlu bantuan apa-apa. Pakcik ni sebak dan tak ingin yang lain-lain.

Pakcik ini dan isteri berniaga buah sikit jer tepi jalan. Mereka kenal saya. Selalu tengok video dan ceramah saya. Katanya dapat jumpa ustaz dah bahagia. Mereka tak nak apa-apa. Gembira rasa. Pelukan dengan tangisan sebak. Bila saya tanya apa saya boleh bantu. Pakcik ni taknak apa-apa dari saya.

Sabarlah pakcik. Saya doakan Allah mudahkan rezeki pakcik makcik dan anak-anak. Semoga anak semua jadi anak yang baik dan hebat-ebitlew

VIDEO:

Kredit: Siti Norfadhilla / Ebit Lew

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Ebit Lew Lawat Pakcik Jual Jagung Yang Tular Dikasari Penguatkuasa. Ini Rayuan Ebit Lew Kepada Pihak Majlis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*